Jumaat, 19 Mei 2017

Chill lah

Sekarang, biasanya kalau aku dengan abah selalu abah akan tanya "macamana ok tak duduk asrama?", "Ok tak cara belajar dia?"

Selalu macam tu.

Aku ok je duduk asrama. Tapi aku tak boleh tahan bosan tak boleh keluar dari tempat tu. Ye memang boleh outing tapi seminggu sekali. Aku kalau boleh 3 hari tak sekolah tu, 3 hari tu nak keluar. Tak kira nak keluar jugak

Even ade je kawan aku, kan sebelum keluar kena hantar kad outing kat pengawal tapi 3 hari tu dia dah outing hari khamis. Tapi dia nak keluar hati sabtu dgn ayah dia, dia keluar senyap2 nyorok kat dalam kereta. Pastu hari isnin tu pulak cuti. Mak dia dtg ganu so dia pon nak keluar. Lagi sekali dia buat benda yang sama

Abah selalu cakap nasib baik boleh kat terengganu. Dekat. Orang duduk jauh tu lagi la tak balik. Macam mana kalau aku gatal pergi mintak muar ke seremban pastu dapat? Kalau bosan macamana? Duit tak cukup ke? Ye memang lah boleh pergi bank tapi macamana pulak minggu tu kau tengah pokai tapi tak boleh outing? Kan susah tak sedara mara lagi kat situ. Macamana nak balik tiap2 minggu hahaa macamana nak balik overnight cuti 2 hari je?

Abah selalu cakap takpe tingkatan 4 dah nak habis 5 bulan lagi sekejap je. Nanti dah f5 lagi cepat. Nanti dah habis sekolah rasa rindu rasa nak pergi balik tak nak keluar. Duduk asrama ni kita dapat kenal perangai orang, dapat kawan. Nanti dekat uni lagi teruk, mane ade kawan2 dah(aku tak ingat apa yang abah cakap pasal ni tapi memang deep). Asrama ni pon dapat biasa kan diri kita macam bangun tido kemas katil nanti tak de sapa suruh kita buat je sendiri sebab dah biasa. Mungkin kita sekolah lama asyik dapat nombor 1 je tapi dekat sini kita kena bersaing dengan antara orang yg terpandai.

Somehow aku memang sebak setiap kali abah cakap pasal ni. Tahun ni mungkin aku boleh balik tiap minggu outing, nanti dah f5 overnight pon dah tak selalu. Banyak kelas time weekend. Even cuti umum pon ade kelas. Stress nak capai target sekolah nak jaga budak2 lagi. Tapi baguslah dekat sini walaupun sbp lain orang cakap bagi tahu apa yg masuk periksa en, tapi sekolah aku tak (hehe bangga) pengetua cakap integriti kena jaga. Biar straight A's sikit asalkan berintegriti. Jadi apa2 keputusan yang kitorang dapat tu adalah hasil usaha sendiri even cg memang tak cakap contohnya kalau dah belajar bab 3 seminggu nak periksa , cg buat kelas malam nak habiskan jugak bab 3 ,cuti umum pon lagi kelas. Biasanya kita akan fikir kalau cg bersungguh ajar ni makna masuk dalam exam tapi ni cg pon tak bagitau pandai2 lah hidup. Kadg2 tu tak keluar sampai mana yg cg dah ajar, ada tu yg cg tak ajar pon keluar kalau sikit takpe yg ni berlambak. Eii menyirap je aku PI haritu  cg pulak xcakap pape. Yg dia ajar sikit je masuk yg dia x ajar tu lelebih.

Oh ya untuk nak jadi MEPS(majlis eskutif pelajar s) kena top 10 untuk jwtn penting. Tapi takkan sikit je kan. Jadi mungkin top 20 or top 30 kot boleh jadi meps. Uruskan semua pasal sekolah, buat kertas kerja aktiviti bagai. Tapi kawan aku cakap f5 yang cdg kan nama untuk jwtn apa2 tapi kena tgk bakat memimpin dgn top apa. Aku.. kalau aku top 10 aku tak nak jadi meps (menyestresskan je) aku nak jadi pss(diam2 je belajar). Tapi kalau tercalon apa salahnya hahaha! Tapi tak kot. Tapi kalau aku jadi kapten aspuri pon best jugak(yeye je) tapi tak seronoklah  orang lain baju berwarna kau sorang je baju putih huhu. Aku rasa aku pss lah weh.

Ok lah aku sekarang tengah bukan tengah amalkan tapi memang kena amalkan konsep 'semua benda yang terjadi tu adalah yang terbaik untuk kita'. Macam aku pergi sini, kalau benda ni bukan yang terbaik untuk aku, at the first place, tuhan takkan takdirkannya untuk aku betul tak? Bukankah semua rancangan tuhan tu adalah yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari? Mungkin bila dah masuk, kau dapat banyak gagal terus rasa aliran tu tak sesuai. Habis kalau aliran lain kau masuk tapi kau malas usaha kau fikir kau boleh buat ke haa??

Haha exam haritu still karangan lah paling tak boleh buat lagi BI. Kalau tahun lepas aku memang kena usaha gilap ayat nak buat tapi tahun ni kureng. So insyaAllah cuti ni aku usaha. Oh aku dah dapat markah bio hehe. Bangga bai even A-. Bangga lah weh dah lah sub yang aku tak suka. Yelah tak suka hafal. Tapi aku boleh dapat A memang lah. Tapi takut jugak mungkin ni the only one A selain psk (huaa sedihnya)

Aku ni keluar tak hantar kad outing hehe. InsyaAllah kalau ade rezeki esok aku nak outing pergi rumah kawan. Esok aku hantar kad outing betul2 doakan tau!

Ops terpanjang lak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...