Isnin, 13 Februari 2017

Wont try hard

"Saya tak akan buat kalau saya tak perlu buat. Kalau saya perlu buat, saya akan buat dengan cepat."

Woo
Aku bukanlah org yang macamtu actually

Quotes ni diambil daripada hyouka
Actually aku kagum dgn oreki ni
Malas2 dia pon kalau kena buat kerja memang mantap hasil dia
Hmm aku lak...

Aku tak paling tak suka kalau kena fikir2 ni
Ya, aku benci kbat.
Tulis2 karangan semua aku tak suka,
Pokok pangkalnya, semua yang perlu mengeluarkan idea ni aku benci.

Serius.
Sejak naik f2 aku jadi cani
Takde lah zaman tu ler start kbat2 semua ni
+ cg markah karangan dah start bagi ciput je
Hmm semangat memang takde ah nak buat

Haha aku macam duk dalam tempurung?
Malas berfikir?
Lantak lah. Aku penat tahu.

Tapi aku cakap cenggini pon result aku still bagus pe

Tak bukan nak riak,
Tapi Alhamdullilah aku selalu rasa tuhan permudahkan urusan aku
Serius.

Macam tadi, actually semalam aku malas sgt nak buat karangan
+ malam tu memang aku ngantuk gila sampai pening dibuatnya
So aku macam nak reka alasan x bwk lah esoknya
Tapi bila aku nak tido tu, dah 1 jam,
Aku still tak tido2 malah makin segar ade le
Jadi aku pon buatlah krgn
Aku fikir aku nak buat sikit je (at least buatlah)
Tapi aku rasa aku kena buat
Pastu kat sekolah cg marah2 yang tak siap n yg xbwk
Berdiri buat kat luar kelas buat keja
Aku cam lega gila ah pasal aku siapkan

See. Dan ni bukanlah kali pertama aku rasa ni
Banyak kali dah.
Selalu rasa blessed.

Tapi kita bukan sentiasa akan berada di atas.

And yes, aku cuak la jugak tahun ni (tahun depan sekali le)
Yela aku cam xde semangat gile nak belajar2 semua ni
Cane en
Aku pon cuak gak kalau kawan aku lagi score dari aku
Hmm

Dan aku bukanlah nak selalu harapkan bantuan tuhan
Bukankah Allah dah cakap dia takkan mngubah nasib sesuatu kaum tu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri

Aku pon ada plan aku jugak
Cuma tak jalan lagi.

Haih exam nak dekat dah.

Wish me luck?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...