Jumaat, 14 Julai 2017

Hyper gila kau

Hi hai.
Salam aidilfitri ketiga. Huahaha. I was addicted pasal kes pembunuhan altantunya dan susilawati sampai tak bukak whatsapp segala bagai. Gila interesting. It made me stuck there. Bila baca tu dia menimbulkan hasrat aku untuk menjadi pegawai polis. Wakaka

Semalam en mak ayah aku ni buat open house adalah masak2, orang datang semua. Nak dijadikan cerita time2 petang tu lah ramai yang serbu. Aku paling tak tahan dgn sedara laki aku ni. Yelah tak boleh tolonglah sebab dia kecil lagi.

Gila hyper. Dalam rumah ni macam2 dia buat lari2 tu biasa lah kan. Ni Ya Allah depan rumah aku dia buat gimnastic dia, nasib baik tak tergolek aish. Pastu kat pagar rumah aku. Sekali lagi dia buat gimnastic dia bergayut( kaki atas kepala bawah) kat situ yg macam olimpik tu uish nauzubillah. Mak aku pon biar je dia sbb memang dia gitu.

Pernah tu pencukur dia main. Letak benda tu kat kepala. Habis berdarah botak separuh kepala, nangis2. Dia aku naik motor sanggup aih ikut naik basikal. Ajak naik moto tak nak. Sanggup ikut jauh2, naya aku pon patah le balik pastu abg dia amik dia.

Ade lagi budak lagi dtg rumah aku dia ni 3 beradik laki semua. Yg last baby. Dia dua beradik ni sama ja macam sedara aku tadi. Ya Allah yg ni lagi teruk rasanya. Masuk2 lari2 jerit2. Jeritan dia budak beradik tu nauzubillah nak gila aku. Dia macam nak hilang anak tekak dah. Golek2 lagi. Ada tu dia nampak kad pokemon adik aku langsung dia amik buat lari cakap 'boleh kita buat balik ni' haha. Naya adik aku. Last2 adik aku dtg rampas. Nasib tak nangis budak tu. Pastu dia gi lagi tempat tu. Lagi ni dia amik aku punya. Nasib baik nabati je. 2 diorg amik haha. Takpa sedekah.

Ada lagi.
Budak ni bukan dari rumah aku, dari rumah jiran aku atuk dia cerita. Budak ni pantang kalau pintu gril bukak, keluar terus laju lak tu lari,even mak aku kejar pon lama nak tangkap dia. Tapi boleh dimaafkan sbb dia comel hehe. Rumah dia kan tinggi kat luar tu ada tangga, budak2 lain turun slow2 pegang pemengang tangga en tapi dia tak , dia terjun aish bahaya la dia ni. Dia ni kalau buli memang kuat tapi buli sedara sebaya dia je. Umur dia tak smapai 2 tahun rasenya. Pernah tu tepon ayah dia tengah cas kat rak tv, dia tarik amik baling kat tingkap. Huhu berkecai.

Haha ni adik aku pulak. Sedara laki aku yg lain,A umur 5 ke 6 tah balik tu dia jatuh longkang depan rumah aku huahaha. Tapi ni aku bukan nak gelakkan dia jatuh tapi yg lawaknya adik aku. Ni mak aku yg cerita. Dia gi kat mak aku dia cakap 'ma aye(saya) rase A tu jodoh aye la' mak aku tanya kenapa pastu dia cakap 'sebab haritu aye jatuh longkang, harini A pulak jatuh' kitorg pakat gelak kat dia hahaha.

Nak cakapnya it must be tough, house full of boys. K bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...