Sabtu, 8 April 2017

Kiddy

Aku sampai pukul 12pm.

Ah sedihla aku tak puas lagi jumpa mama
Balik dah la jumaat. Siape je ade dekat rumah?
Semua pergi sekolah, kerja

Adik aku haha
Waktu makcik aku dari asrama dulu, makcik aku cerita dia tanya adik aku best tak aku takde
Pastu adik aku cakap best nanti boleh tido dalam bilik aku and so on

Pastu bila dia balik bulan 3 tu aku ceritala makcik aku cakap macamtu
Dia cakap betul, tapi dia bosan aku takde. Takde sapa nak buat lawak kat dia, gurau2 manja

Yeye je

Bilik aku tu, dia tak tidur pon kat situ, dia tolong kemas dan main2 dalam tu.
Waktu aku sampai rumah pon bilik tu memang bersih, macam takde orang duduk dah :(

Minggu ni, aku tak sangka aku boleh balik selayang.
Minggu ni benornye takleh balik(overnight) pon. Balik minggu depan.
Minggu ni patutnya outing, sebab minggu lepas takleh outing.
Tapi sebab cg kata pm nak datang minggu depan, jadi cg suruh balik minggu ni sebab minggu depan takleh balik.
Aku bersyukur gila lah. Sebab kalau aku balik minggu depan aku duduk rumah nenek aku je sebab ayah aku takleh balik slyg. Sebab dia balik minggu ni. Sebab aku overnight minggu ni so aku boleh lah balik slyg. Aku gembira gila. Kali ni je aku lupakan homework aku yang belambak tu. Tak macam cuti bulan 3 tu. Mak aku byk kali tanya betul ke nak balik nanti penat. Tapi aku bersungguh cakap ya. Somehow I should listen to what my mom said.

Aku ada baca mesej ws mak aku, mak aku tanya ayah aku betul ke aku jadi balik, adik2 aku pon sibuk tanya bila abah nak sampai. Tak sabar katanya.

Sampai je rumah malam tu 12+ memang masuk tidurlah kan. Aku tengok adik2 aku dah nyenyak tidur. Tapi diorang tak tidur dalam bilik aku pon. Tetiba aku rasa sebak.

Besok pagi kan diorang sekolah, balik sekolah tu diorang macam terkejut aku dalam bilik tu. Tapi aku buat2 je malas nak layan. Dia cakaplah dia tak tidur pon dalam bilik aku, dia masuk main2 je

Adik aku belikan aku gula tictac eh? Yang selalu beli. Dia cakap tu hadiah. Dia tanya aku nak warna oren ke putih. Tapi aku cakap aku tak nak pon aku amik je ape yang dia dah beli. Malam tu kitorg makan kat luar, dalam kereta tu dia suruh aku duduk sebelah dia(erm sebelum ni tak sebab kalau alza memang dia duk tengah) tapi naik hrv dia suruh aku duduk tgh dia tak nak ana duk situ. Haha :') pastu dia tanya aku nak makan apa ,semua
Dia cakap dia nak kongsi dgn aku. Aku rasa sebak je sebab dah lama tak makan kongsi dengan dia. Aku memang selalu kalau makan tak habis.

Malam tu diorang nak tidur dengan aku. Tapi aca dah tertidur kat depan jadi farah je tidur dgn aku. Mak aku cakaplah kat diorang, 'esok along nak balik dah'. Pastu budak tu cakap 'mama geraklah kitorang awal2 kitorg nak salam along'

Sebak gile. Tapi aku tahan.

Tapi besoknya tu diorang tak bangun lagi. Ye la awal lagi.

On the way dah sampai kat kemaman tu ayah aku call adik aku. Sebak doh dengar suara diorang lagi2 kalau cakap tak sempat nak salam. Pastu sekejap je sebab phone tu dah mati takde bateri.

Baru je kejap tadi mak aku ws. Budak2 tu hantar voice. Erm. Dia tanya aku tengah buat apa, aku jawab baru bangun tidur. Pastu dia cakap aku lawak. Dia cakap nanti jumpa lagi.

Everytime sebelum aku nak pergi asrama, aku tak boleh dengan 2 benda ni. Satu, tengok mata mak aku. Aku nampak dia macam nak nangis. Dua, setiap kali dengar dia cakap aku kena kuat. Aku rasa aku lemah sangat kalau dia cakap macam tu. Tapi harini ma cakap 'jaga diri elok2'.

Ok, I'll.
Mungkin kita takde jodoh untuk berjumpa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...