Aahh aku sebenarnya malas nak tulis.
Aku rasa lagi best kalau aku bercakap tapi mana boleh kan? Ok macam yang aku cakapkan aku nak cerita pasal apa yang berlaku minggu ni. 1.kayak 2. UMT visit 3. Kem KESUMA
Tapi aku rasa paling banyak aku tulis pasal kesuma lah kot. Sebab dia baru habis dan masih segar lagi dalam ingatan aku.
Benda2 ni berlaku berderet TANPA REHAT.
Aku start ngan kayak tapi pendek2 jela aku cerita sebab aku tak ingat sangat dah. Ni based on catatan dan berlaku jumaat lepas 21/4.
Haritu kitorang kena pakai baju, seluar, tudung memang serba serbi hitam lah nak jaga aurat dalam air. Dan akak2 tu wajibkan kami pakai topi supaya muka tak burn. Dan jangan pakai sunblock sebab lagi menghitamkan. Aku tak tahu pasalni tapi based on pengalaman doranglah aku ikut je.
Oh kayak kat mana? Kat kuala ibai. Ala yang dekat masjid terapung yang putih tu.. sampai je start panaskan badan lari 2 pusingan taman kat situ. Cooling down pastu ade taklimat pasal aktiviti haritu. Then letak beg. Perempuan dapat 2 rumah. Rumah atas pokok dgn rumah papan kat bawah. Laki rumah papan gak tingkat 3 tak silap. Tapi bukan rumah yang sama la.
Pastu amik jaket keselamatan dan start masuk dalam air untuk water confident group by group berjalan. Mula2 air paras betis pastu naik sikit2. Jalan sampailah bawah jambatan jalan raya. Dia ajar basic swimming, bubbling, terapung, pernafasan semua. Dan yey aku dah pandai berenang!
Lepastu rehat balik kat pangkalan(?) Makan minum bergambar pastu dia suruh amik pendayung kayak tu(apa namanya?) Dan start amik kayak masing2 dengan partner. Tahun ni syukur sikit sebab partner perempuan2 kalau tahun lepas laki dengan perempuan. Ni sebab laki makin pupus. Aku amik kayak colour merah sehy. Best giler lah first time en berkayak. Dia suruh angkat kayak tu letak atas air. Pergh berat namati. Lepastu aku sakit pinggang wahaha. Dia suruh main2 dulu pastu baru dia suruh pergi kat kawasan berpasir yang dia panggil pulau nak bagi taklimat. Dia ajar cara nak pegang dayung tu, nak stopkan kayak, reverse. Pastu 1245 berhenti sebab laki nak siap2 gi solat jumaat
Kitorang yg perempuan ni lepas tukar baju, solat, apa lagi? Tidurlah.. sampailah laki2 ni balik pastu pukul 3 berkumpul balik.
Kayak balik pergi kat pulau tu. Oh ya position aku atas kayak tu, aku duduk kat depan. Patutnya salah tau. Sebab orang selalu cakap yang kecik sepatutnya duduk depan. Partner aku tu lagi kecik dari aku patutnya dia yang duduk depan. Tapi aku kesianlah kat dia sebab yang depan ni kena selalu kayuh au. Yang belakang tu kurang sikit lagi2 time nak kona(pusingkan kiri kanan kayak tu?) Tapi siyes penat. Penat penat
Yeye je abang tu cakap nak gi air terjun huhu. Tapi aku tahu dah memang tak wujud. Selama aku duduk sini pergi kuala ibai bapak aku tak pernah cakap pon kat situ ada air terjun. Kesian budak luar ni percaya abang tu. Tapi kitorang kayuh kayak jauh gaklah lepas jambatan tu pastu masuk kat kawasan hutan2. Banyaklah jumpa jeti. Payah weh lagi2 time bot lalu. Air kan berombak pastu masuk dalam kayak. Penuh la air kayak tu.
Tapi serius dalam air kat situ. Kitorang try masuk kan pendayung tu dah tenggelam habis en benda tu tapi still tak jejak tanah. Sambil kayuh aku nampak gakla benda2 tu ular air ke apa tah.
Kau tahu kayak aku belakang sekali sedih weh. Pastu aku try la kayuh sorang ,tak bergerak weh kayak tu! Baru aku sedar selamani aku kayuh xde guna. Macam org belakang aku je weh yang buat ,kesian dia.
Ade lagi nak tulis malas a.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan