Sabtu, 29 April 2017

3. Kem

Haha lain tak tajuk dia? Sebab aku tak letak full. Aku malas nak letak full nanti kang ade budak sbp search2 pastu gah jumpa yang aku tulis ni. Banyak cantik. Aku pon tak tau au kem ni sengsara macam mana yang senior cakap, search google pon tak jumpa macamana apa kem ni. Tapi kalau awak pelajar sbp yang belum pernah sertai kem dan terbaca ni tahniah, awak seorang yang bertuah. Jeles saya.

Ok ok lah apa K×$×M@ ni?(maaf terpaksa censored ahaha) kem ni kem KEpimpinan dan Sistem rUMAh. So objektif boleh agak sendiri kot. Semua sbp ada kem ni dan wajib buat untuk dapat anugerah apetah aku tak ingat.

So kem ni meme kejam! Ceh. Lelaki yang mana sayang rambut tu aku nasihat jangan masuk sbp haha kalau tak kau terpaksa control macho pakai songkok 24j macam kawan aku hahah pasal rambut akan dibotakkan tapi tak licin lah. Sian aku tengok dia kena ejek. Rambut dipotong beberapa hari sebelum kem ni

Aku tak tahu sbp lain tapi perlu diingatkan setiap sbp cara kem ni, peraturannya berbeza. Dulu kan sekolah ni tingkatan 4,5 je memang tingkatan 4 jelah yang sertai dan sebahagian f5 yang handle. Memang bekeng(garang) la komander, pen kom. Tapi tahun ni ade 1,2,4,5 jadi f2 dgn f4 sertai. Memang malam yang cg cakap f2 pon sama tu diorang nangis2 la gi jumpa cg cakap tak nak sebab diorang dah tgk akak2 tahun lepas kena memang tak best ah. Ni pon aku terdengar sebab aku teman kawan aku nak cakap ngan cg pasal certain case ni.

Kem ni asalnya lepas kitorang habis kayak terus start tapi tanpa bagitahu apa dia ditunda sbb sabtu ada bengkel sej kertas 3, ahad lak visit UMT. Jadi hari ahad balik UMT tu baru start. Meme kelang kabut ah kitorang lari2. Nak pi mana kena lari lalu laluan berbumbung kalau tak demarit. Lari ikut rumah sukan ah sama2. Ko bayangkanlah sekolah aku tu kat mana je laluan berbumbung dia dah la berbukit lari lagi memang la. Pergi dewan makan teruk sekali. Lari keluar dewan masuk aspuri tapi naik aras 4 block bertentangan yang kau tak duduk pastu lari lagi naik tangga DeMa. Rumah sukan last kena demarit 100. Yg pertama marit 300 kedua 200 ketiga 100. Nak tak nak kau berjuanglah haha.

Memang letih weh lagi2 aku. Memang kalau lari tu aku la last sekali. Memang dorang "Farizah cepat farizah" tak pernah la 16x sehari lari tu dorang tak sebut ni. Memang setiap kali lari tu dorang memang ingat aku ade seput walaupun aku memang takde. Nak cakap sengsaranya tu, memang hari2 4 hari tu aku doa time aku lari2 tu aku muntah supaya dapat excuse. Memang tak tahan lah weh. Makan kat dema sopan2 duduk, sudu garfu xleh bunyi, makan kena habis licin kalau tak demarit!

Muntah? 4 hari tu aku tak muntah langsung lagi kena tarik adalah tq nikz tarik aku hahaha! Aku siap cakap lagi kalau boleh aku nak dua2 orang tarik aku senang sikit ecece

Nak masuk bilik time malam lah parah sekali sebab kau kena lari naik aras 4 block satu lagi pastu turun naik lak aras 4 block kau pastu baru turun tingkat yang kau duduk. Time nilah aku bersyukur gila bolock aspuri ada 2 ja. Kalau 4 empat empat la gamaknya kau kena naik. Memang malam tu kau dengar akak jerit razak demarit, hussien demarit, mahathir demarit, rahman demarit sebab tak light off la kot.

Bangun qiam ko toksah cakap. Perempuan kan rajin ko bayangkan lah pkul 2 dah pergi. Kan yang last kena demarit memang dorang terpaksa la bangun awal2 nak first. Qiam wajib time ni je ahaha. Ade tu masuk tidur 12 nak pukul satu pastu gila pukul 2 kena bangun dah. Memang sengsaralah. Oh paling best tu sampai surau kitorang tidur berjemaah kat kaki lima sebab surau x bukak lagi haha(dah bukak) aku kan duk kat laluan nak gi tandas memang tak sanggup lah tapi kau bayangkan lah akak tu sampai surau pkul5 nak tak nak kena la tidur dulu weh sebab sehari kena berperang. Aku pon buat kuak lentang kat situ hahah! Pengalaman yang indah la weh tidur kat luar haha.

Esoknya sekolah pulak memang lah. Waktu sej 2 masa aku tido nasib cg xde. Addmath pulak lepas tu. Cikgu selak2 buku , lambatlah kan jadi aku pon amik keputusan nak baca dulu apa yang cg nak ajar. Aku letak dagu atas tangan. Bila aku bukak mata SEMUA ORANG DAH TAKDE DALAM KELAS weh! Semua pergi rehat weh. Macam tak caya 3 MASA ADDMATH aku tidur. Ya tidur. Tengok whiteboard memang dah kemana mana dah cg ajar aku pon xfaham. Kawan aku tak gerak aku sbb sebelum kelas start lagi dorang tidur. Ish2

Waktu rehat tu memang aku top up tidurlah. Pastu addmath balik cg perli 'eh dah bangun dah meja belakang tu, tadi tidur' aku pon sengih jela. Kimia kitorang belajar kat bilik kuliah. Memang srjuklah weh ber aircond. Aku duduk barisan ke duduk memang aircond sampai kat tempat aku dulu lah. Cg ajar macam biasa pastu dia gi kat meja dia ubah slide pastu senyap. Aku pon fikir nak tunduk sekejap. Sedar2 semua orang 'terima kasih cikgu'. Pergh sekali lagi aku tidur. 3 MASA KIMIA. Cikgu pulak suara slow memanglah. Aku tanya kawan aku asal tak gerak sebab aku bangun tu tengok dia selak2 buku. Dia cakap dia tak perasan aku tidur dia ingat aku tunduk baca buku sebab aku tak pernah tidur dalam kelas. Sekali aku merasa menyesal yang teramat sangat. Rasa bodoh sangat dah terskip subject penting.

Terima kasih kepada kem ni.

Pastu petang habis kelas sambung balik kem. Esoknya tu bincang pasal persembahan lakonan. Uu tak sangka aku berlakon sekali. Malu weh. Mula2 pen ketua rumah yang jadi jurulatih tu sbb semua tak nak. Pastu aku bantah aku cakap aku tak dengar suara dia pastu dia cakap 'haa farizah lah jadi' astaga aku gelak pastu ok lah why not kan? Yang keluar pentas tu aku dulu malu weh. Dia semua ckp suara aku kuat. Kitorang dapat genre sedih

Aku rumah rahman. Memang semua org puji rahman la, cheers, lakonan, inovasi projek memang best. Waktu mula2 aku memang cakap dalam hati confirm kalah sebab aku ada hahah. Tapi tak sangka kitorang markah paling tinggi. Ni semua sebab ada kr dan pkr dan anak buah yang awesome. Thanks support aku. Memang merapatkan silaturahim lah. Tapi tak tentunya kami juara markah boleh berubah lagi. Esok baru penentuan. Hm mungkin razak ke hussien menang? Siapa tahu.

Last, memang betullah akak sigma tu cakap kem ni memang best tapi kau dah tak nak ulang dah. Cukup cukuplah. Tapi siyes best siyes siyes
Kem ni memang sengsara kau jgn terkejut kalau aku cakap ada antara kawan aku ni 4 hari tak mandi sebab memang tak sempat! Nasib aku rajin sebelum tido mandi. Pastu even kawan kau tu sakit, kau kena angkat dia. Lawak weh. Tapi aku tak nak cerita lah hehe

Aku balik rumah ni esok pagi tu ayah aku ajak panjat bukit besar. Aku mula2 cakap ok pastu aku fikir balik. Aku dah berapa hari berlari naik aras4 dua block dah2 la tu. Aku pon duduk jela kat taman memerhati gelagat manusia akhir zaman.

Sorry lah cerita tah pape. Ni untuk aku baca kalau korang tak baca. Banyak lagi nak cerita tak sempat lah. Jumpa puasa nanti?

Wish me all the best.

1. Kayak

Aahh aku sebenarnya malas nak tulis.
Aku rasa lagi best kalau aku bercakap tapi mana boleh kan? Ok macam yang aku cakapkan aku nak cerita pasal apa yang berlaku minggu ni. 1.kayak 2. UMT visit 3. Kem KESUMA
Tapi aku rasa paling banyak aku tulis pasal kesuma lah kot. Sebab dia baru habis dan masih segar lagi dalam ingatan aku.
Benda2 ni berlaku berderet TANPA REHAT.

Aku start ngan kayak tapi pendek2 jela aku cerita sebab aku tak ingat sangat dah. Ni based on catatan dan berlaku jumaat lepas 21/4.

Haritu kitorang kena pakai baju, seluar, tudung memang serba serbi hitam lah nak jaga aurat dalam air. Dan akak2 tu wajibkan kami pakai topi supaya muka tak burn. Dan jangan pakai sunblock sebab lagi menghitamkan. Aku tak tahu pasalni tapi based on pengalaman doranglah aku ikut je.

Oh kayak kat mana? Kat kuala ibai. Ala yang dekat masjid terapung yang putih tu.. sampai je start panaskan badan lari 2 pusingan taman kat situ. Cooling down pastu ade taklimat pasal aktiviti haritu. Then letak beg. Perempuan dapat 2 rumah. Rumah atas pokok dgn rumah papan kat bawah. Laki rumah papan gak tingkat 3 tak silap. Tapi bukan rumah yang sama la.

Pastu amik jaket keselamatan dan start masuk dalam air untuk water confident group by group berjalan. Mula2 air paras betis pastu naik sikit2. Jalan sampailah bawah jambatan jalan raya. Dia ajar basic swimming, bubbling, terapung, pernafasan semua. Dan yey aku dah pandai berenang!

Lepastu rehat balik kat pangkalan(?) Makan minum bergambar pastu dia suruh amik pendayung kayak tu(apa namanya?) Dan start amik kayak masing2 dengan partner. Tahun ni syukur sikit sebab partner perempuan2 kalau tahun lepas laki dengan perempuan. Ni sebab laki makin pupus. Aku amik kayak colour merah sehy. Best giler lah first time en berkayak. Dia suruh angkat kayak tu letak atas air. Pergh berat namati. Lepastu aku sakit pinggang wahaha. Dia suruh main2 dulu pastu baru dia suruh pergi kat kawasan berpasir yang dia panggil pulau nak bagi taklimat. Dia ajar cara nak pegang dayung tu, nak stopkan kayak, reverse. Pastu 1245 berhenti sebab laki nak siap2 gi solat jumaat

Kitorang yg perempuan ni lepas tukar baju, solat, apa lagi? Tidurlah.. sampailah laki2 ni balik pastu pukul 3 berkumpul balik.

Kayak balik pergi kat pulau tu. Oh ya position aku atas kayak tu, aku duduk kat depan. Patutnya salah tau. Sebab orang selalu cakap yang kecik sepatutnya duduk depan. Partner aku tu lagi kecik dari aku patutnya dia yang duduk depan. Tapi aku kesianlah kat dia sebab yang depan ni kena selalu kayuh au. Yang belakang tu kurang sikit lagi2 time nak kona(pusingkan kiri kanan kayak tu?) Tapi siyes penat. Penat penat

Yeye je abang tu cakap nak gi air terjun huhu. Tapi aku tahu dah memang tak wujud. Selama aku duduk sini pergi kuala ibai bapak aku tak pernah cakap pon kat situ ada air terjun. Kesian budak luar ni percaya abang tu. Tapi kitorang kayuh kayak jauh gaklah lepas jambatan tu pastu masuk kat kawasan hutan2. Banyaklah jumpa jeti. Payah weh lagi2 time bot lalu. Air kan berombak pastu masuk dalam kayak. Penuh la air kayak tu.

Tapi serius dalam air kat situ. Kitorang try masuk kan pendayung tu dah tenggelam habis en benda tu tapi still tak jejak tanah. Sambil kayuh aku nampak gakla benda2 tu ular air ke apa tah.

Kau tahu kayak aku belakang sekali sedih weh. Pastu aku try la kayuh sorang ,tak bergerak weh kayak tu! Baru aku sedar selamani aku kayuh xde guna. Macam org belakang aku je weh yang buat ,kesian dia.

Ade lagi nak tulis malas a.

Jumaat, 28 April 2017

Whats up?

=P So hye there! Saya balik overnight ni. F5 ada program dengan alumni jadi cg halau kami balik. Lulz So dah 2 bulan ea kat sekolah tu(?) ni balik kali 3 selepas 3minggu haaah aku tak tau nak cakap apa tapi 3 minggu ni adalah minggu yang sibuk sekali. Aku tak ingat minggu 1,2 tapi homework math memang bertimbun aku rasa aku tak study selain dari siapkan math Serius ahrasa nak skip je buat sebab cg tak pernah kutip atau tengok homework tu pon. Tapi yela orang still rasa dosa kot rasa takde keberkatan tahu Aku balik ni aku nak cerita benda yang berlaku dalam minggu ni berderet tanpa henti! 1. Kayak 2. UMT 3. Kem KESUMA Serius penat tapi aku tak nak cite dalam ni Okey you know my id is Farkame, facebook NurFarizah Kame have you ever wonder what is farkame or what is kame? benda ni ramai lah orang yang tanya aku start dari darjah 5 bila ayah aku buatkan balik fb baru dia letak Kame belakang tu Sejak tu srmua orang wonder apa tu, termasuklah yg tak approved sebab tak kenal aku kalau ade kame tu kah kah Even waktu aku darjah 6 ade budak laki ni ejek aku 'kame kame haa' ala hat yang gragon ball tu.. siap buat gaya au! adik aku pon tak suka kame tu dia buang kame tu I also tak tau cara nak sebut kame tu. Tapi aku selalu sebut came. Tak pon kame, me yang memasak faham ? Macam nak sebut me pada memasak, kamemasak? Haha tapi people selalu sebut kame macam sebut kamel. Tapi buang L. Tak faham? Buat buat je la Tapi tanda tangan bapak aku memang kame pon tak tahu mana dia dapat nickname tu. Mungkin betullah budak laki tu, gradon ball. Mungkin bapak aku minat gragon ball dulu.. Just nak bagi tahu, kame tu dari kamaruzzaman-> kama -> kame Kamezah tu pulak nama ayah dengan mak aku, azizah. Bukan aku, farizah Haaa farkame tu barulah aku dgn ayah aku punya gabungan nama. Tapi susah jugak sebab adik beradik aku yang lain pon far Waktu darjah 5 aku nak buat insta, tapi kat rumah xde wifi lagi mana boleh bukak kat fon. Jadi aku mintak tolong kawan. Aku dah bagi id yang aku nak, tapi semua tak diterima sebab common kan. Try nama aku semua tak boleh. Dari sini lah terhasilnya farkame. kawan aku yang gabung kan wahh*rolling eyes* Hm penat lak type xde mood.

Sabtu, 8 April 2017

Just stay right here

I used to live in the darker
In a faraway land
And the place just gets darker and darker
and darker
You try
You try to go in and help me
But the more you went in it got bored to set yourself free
And i stayed, forever i was i
to get time to look back
To look back
But you, you know all the ways
And all you have to do was wait for today

When i found my life
I used to live in the dark
But i found my light
Now i can see in the dark

So i’m on a journey, but the road's going down
so with you are with me, with me
You need to know it sucks to be frowning
But after you cross the line
So the race yeah you won it
We used to live in the darker
Both you and i
But you made it out
Hey baby i stayed inside, inside

But you, you know my ways
And all you have to do
is wait for today

When i found my life
I used to live in the dark
But i found my light
Now i can see in the dark
see in the dark

Magic

You got it girl
I can’t do it man
to the magic

I should call you my hero

I should call you my love

I should call you in whatever
i’m living this life for

But now i can see you,
It’s getting brighter
I think that i am just going stay right here

Stay right here

- Alyph sleeq, i used to live in the darker

Kiddy

Aku sampai pukul 12pm.

Ah sedihla aku tak puas lagi jumpa mama
Balik dah la jumaat. Siape je ade dekat rumah?
Semua pergi sekolah, kerja

Adik aku haha
Waktu makcik aku dari asrama dulu, makcik aku cerita dia tanya adik aku best tak aku takde
Pastu adik aku cakap best nanti boleh tido dalam bilik aku and so on

Pastu bila dia balik bulan 3 tu aku ceritala makcik aku cakap macamtu
Dia cakap betul, tapi dia bosan aku takde. Takde sapa nak buat lawak kat dia, gurau2 manja

Yeye je

Bilik aku tu, dia tak tidur pon kat situ, dia tolong kemas dan main2 dalam tu.
Waktu aku sampai rumah pon bilik tu memang bersih, macam takde orang duduk dah :(

Minggu ni, aku tak sangka aku boleh balik selayang.
Minggu ni benornye takleh balik(overnight) pon. Balik minggu depan.
Minggu ni patutnya outing, sebab minggu lepas takleh outing.
Tapi sebab cg kata pm nak datang minggu depan, jadi cg suruh balik minggu ni sebab minggu depan takleh balik.
Aku bersyukur gila lah. Sebab kalau aku balik minggu depan aku duduk rumah nenek aku je sebab ayah aku takleh balik slyg. Sebab dia balik minggu ni. Sebab aku overnight minggu ni so aku boleh lah balik slyg. Aku gembira gila. Kali ni je aku lupakan homework aku yang belambak tu. Tak macam cuti bulan 3 tu. Mak aku byk kali tanya betul ke nak balik nanti penat. Tapi aku bersungguh cakap ya. Somehow I should listen to what my mom said.

Aku ada baca mesej ws mak aku, mak aku tanya ayah aku betul ke aku jadi balik, adik2 aku pon sibuk tanya bila abah nak sampai. Tak sabar katanya.

Sampai je rumah malam tu 12+ memang masuk tidurlah kan. Aku tengok adik2 aku dah nyenyak tidur. Tapi diorang tak tidur dalam bilik aku pon. Tetiba aku rasa sebak.

Besok pagi kan diorang sekolah, balik sekolah tu diorang macam terkejut aku dalam bilik tu. Tapi aku buat2 je malas nak layan. Dia cakaplah dia tak tidur pon dalam bilik aku, dia masuk main2 je

Adik aku belikan aku gula tictac eh? Yang selalu beli. Dia cakap tu hadiah. Dia tanya aku nak warna oren ke putih. Tapi aku cakap aku tak nak pon aku amik je ape yang dia dah beli. Malam tu kitorg makan kat luar, dalam kereta tu dia suruh aku duduk sebelah dia(erm sebelum ni tak sebab kalau alza memang dia duk tengah) tapi naik hrv dia suruh aku duduk tgh dia tak nak ana duk situ. Haha :') pastu dia tanya aku nak makan apa ,semua
Dia cakap dia nak kongsi dgn aku. Aku rasa sebak je sebab dah lama tak makan kongsi dengan dia. Aku memang selalu kalau makan tak habis.

Malam tu diorang nak tidur dengan aku. Tapi aca dah tertidur kat depan jadi farah je tidur dgn aku. Mak aku cakaplah kat diorang, 'esok along nak balik dah'. Pastu budak tu cakap 'mama geraklah kitorang awal2 kitorg nak salam along'

Sebak gile. Tapi aku tahan.

Tapi besoknya tu diorang tak bangun lagi. Ye la awal lagi.

On the way dah sampai kat kemaman tu ayah aku call adik aku. Sebak doh dengar suara diorang lagi2 kalau cakap tak sempat nak salam. Pastu sekejap je sebab phone tu dah mati takde bateri.

Baru je kejap tadi mak aku ws. Budak2 tu hantar voice. Erm. Dia tanya aku tengah buat apa, aku jawab baru bangun tidur. Pastu dia cakap aku lawak. Dia cakap nanti jumpa lagi.

Everytime sebelum aku nak pergi asrama, aku tak boleh dengan 2 benda ni. Satu, tengok mata mak aku. Aku nampak dia macam nak nangis. Dua, setiap kali dengar dia cakap aku kena kuat. Aku rasa aku lemah sangat kalau dia cakap macam tu. Tapi harini ma cakap 'jaga diri elok2'.

Ok, I'll.
Mungkin kita takde jodoh untuk berjumpa

Jumaat, 7 April 2017

Snippet

If she dont like me, so I too (ye tahu salah)

First day maghrib earth day tutup lampu
Solat tasbih first time penat giler.

"Biar saya tanya awak soalan baru boleh tido." I like her

"Orang mana?"
"Orang asli"

Anime girl. Im not an otaku but she keep talking to me so I cant help but listen T•T I aslo talk a lot with her.=( hurr so bad

If she dont remember my name, I wont talk to her. Haha. Make sure remember my name!
She said "bestlah cakap dengan awak". Hahaha I just laughed (in my heart) when I walked away.

The paper was so easy except bm, bi. Sejarah is bullshit. I couldnt remember well. Bio °••° gurr more than bull. I cant help but cry in my heart. I got 10/20 huhu first half marks I guess... addmath astaga. I remember I studied last minute for fungsi songsang and I was so was-was about the step *cry* I can answer well the kuadratik thing.I also xboleh bla I think I dont put the arrow when I continued the answer in the right *sigh*

Eventhough the paper was easy, I dont think I can get well marks I just can answer it. Oh you know what I mean.
Damn I couldnt help then thinking that I will fail the subjects. I also have conflict with....

I hope I can do well >_> k bye.

Continued

If she dont like me so I'll too

First day maghrib earth day, so around pukul 8 tu semua lampu kat sekolah, asrama ditutup. Dan termasuklah dekat surau. Lepas solat maghrib, kitorang solat sunat banyaklah. Tapi yang aku nak cerita antara banyak2 solat sunat yang kitorang buat tu ni first time aku solat tasbih. Serius. Kawan aku gelak2 kat aku sebab aku tak pernah buat. Serius, aku rasa aku tak tahu pon solat ni wujud. Parah kau ni. Lama kitorang solat tasbih start lepas isyak 845, 930 baru sudah!

Penat weh. Ha iman tak kuat. Dahlah time tu aku selsema so time rukuk sujud tu sokmo kawan aku ingat aku dok nangis sepanjang 4 rakaat tu. Dia tanya "Farizah nangis ke tadi". Tergelak gelak aku,
Dahla gelap en. Semua tutup lampu kot. So memang tak nampak apa2 time ni kau rasa kau macam buta tau serupa macam kau tutup mata. Betul. Gelap gila. Selalukan even gelap kau still boleh nampak benda,tapi betul tak nampak yang boleh dengar suara je. Even tangan kau letak depan muka, kau tak nampak. Pastu cikgu ni bagus pulak dia kaitkan kegelapan ni dengan kegelapan dalam kubur nanti. Fuh insafff

Pastu kan exam. Aku pulak selalu masuk bilik lepas gosok gigi tu terus tido tak baca buku pagi pon bangun 530 so kawan aku semua risau cakap aku hebat sebab aku berani buat macamtu. So time tu time preptgh study sejarah kawan aku tanya nanti masuk bilik nak buat apa, bangun pukul berapa? Aku jawapan la terus tido, bangun macam biasa. dia terkejutgila.Pastu dia cakap "biar saya tanya awak soalan, kalau boleh jawab baru boleh tido" hahahahah . I like her
Ekeke. Padahal aku da baca buku kat rumah. Selamat, semua bab aku sempat cover. Alhamdulillah thank you Allah.

Ade budak kelantan 3rd intake ni lawa sangat. Putih melepak flawless. Berkilat ah muka dia. Dia tanya aku asal mana (orang apa) aku cakaplah orang asli
Pastu dia tergelak gelak
Lagi, dia tanya f4 kat sini ada berapa pastu aku buat malas2 aku jawab lah sorang je. Pastu dia gelak. Gelak dia ni bukan gelak fake au. Dia siap cerita lagi kat orang apa yang aku cakap tu. So aku buat kesimpulan yang dia ni mudah terhibur
Pastu aku cite la kat kawan aku yang cakap aku mudah terhibur(sbb aku gelak sendiri bila aku buat lawak =_=) aku cakap yg budak perempuan ni lagi mudah terhibur. Pastu diorang semua menganjing aku -_-

Then, lagi pasal budak 3rd intake, about this anime girl. Im not an otaku but she keep talking to me so I cant help but listen T_T I also talk a lot with her =( hurr so bad.

Siapa yang tak ingat nama aku taknak cakap dengan dia. Jadi dia terus tanya betul tak nama aku Farizah. Haha pastu ada budak 3rd intake lagi sorang duk kat situ dia macam terkejut aku cakap macam tu jadi dia cepat2 tanya nama aku LOL.

Dia cakap best cakap dengan aku. Sebab aku tengok anime yang dia tengok jugak jadi ada banyak benda nak cerita. Aku gelak je dalam hati. Budak ni dalam kelas, waktu prep, lukis anime je tau. Nasiblah dia lukis tu cantik takdelah aku nak kecam dia lulz.

The paper was so easy except bm, bi. Bagi aku bi tu susah sebab aku tak selalu baca buku bi. Dan aku memang tak suka baca buku tebal2 =P bm aku rumusan jelah aku mampu, tatabahasa ade 3 part cam takboleh jawab oo. Peribahasa 2 part. Ramai tak jawab rumusan so kesimpulannya ramai le gagal. Kawan aku kesian dia ingat tu soalan tadi dia skip. Dia ni selalu tak nak baca tau. Ade pernah tu dia naik bilik aku dia dah perasan dah stiker note yg aku letak dia ingatkan stor jadi dia tak baca aku tulis nama aku sbb bilik aku xde lagi nama bilik bengong.
Sejarah is bullshit. I couldnt remember well. But manage to get A+ thanks to my teacher sekolah lame yg cakap ade soalan ppd essay hwang ho and also to my friends yg bagitau. Syukur bahagian b aku dapat 19/20. Mula2 aku ingat aku fail pasal jawab point bukan esei. Dan aku tak baca soalan gi jawab dua dua kertas esei. Ya aku sorang je A+ yang lain A- paling tinggi. Syukur aku tekankan hwang ho dan jawab dua dua kertas esei. Sbb kalau aku nak pilih salah satu aku akan pilih kertas yang pertama. Weh banyak doh aku salah yang tu.. nasib baik jawab dua dua.
Bio °••° gurr more than bull. I cant help but cry in my heart. I got 10/20 huhu first half marks I guess... but it happened that bukan aku yang dapat 10/20 haha. Aku ingat aku sbb kawan aku tu tanda kertas aku dan bila cikgu tanya siapa yg dapat 10 ke bawah dia cakap "kalau 10 cikgu?" Debor aku. Alhamdulillah aku dapat B+. Syukur gila wey. Ingat dah failed. Dah la yg ni study last minute byk tak ingat hiper hipo tu hentam je banyak do soalan yang sama 3,4 soalan tu sama je ulang2. Kalau aku salah soalan 1 automatik soalan lain yang sama tu aku salah semua. Mujur gok betul.
addmath astaga. I remember I studied last minute for fungsi songsang and I was so was-was about the step *cry* I can answer well the kuadratik thing.I also xboleh bla I think I dont put the arrow when I continued the answer in the right *sigh*

Eventhough the paper was easy, I dont think I can get well marks I just can answer it. Oh you know what I mean.
So aku dah dapat 4 paper. BiA-, fizik(mula2 A- pastu turun B+. Asal tak kena rotan sudah~), math A-,bio B+

Macam mana orang kat sana? Biase je kot aku rasa. Ada la  jugak dah dapat straight A setakat yg dah dapat ni. Diorang ni excited nak cakap lepas habis exam, dah terus gi tengok markah pastu bagitau kat orang. aku time tu cam nak maki je. Semua macam tanya2 la 2x(dapat berapa). Oh ade je yang gagal. Pastu cg macam perli lah dia cakap 'kan dah kata pt3 tu tak mencerminkan pon awak macamana tu sebenarnya markah kasihan cg yg tanda kertas awak je' exam ni tak naik pentas lagi untuk yang gagal, nanti pertengahan baru dia buat. Aku paling menyampah dengan sorang budak perempuan ni dia ni memang teror la bagi aku semua sub tu boleh kata dia antara yang tertinggi. Pastu bila sejarah dia dapat A- dia cam sebut2 nama aku. Kawan aku ni pon tak caya sejarah aku dapat A+ dia calculate balik sambil cakap 'ye dok mu ni' Panas aku. Tapi biarlah, aku rela dianggap bodoh daripada orang kenal kita pandai pastu menurun. Malu lah

Soalan dia kalau nak dibanding dengan sekolah lama punya soalan mestilah sini lagi susah tu yang takde dapat A+ kecuali BI. Kalau dah takde A+ tu maknanya takde 100 lah en. Paling tinggi 80 ke 81 camtu lah. Soalan memang ikut betul spm kecuali Bi Bm sbb sajak x belajar lagi. Karangan pon xde. Tapi memang menggelupurlah jawab bm.

Kesimpulannya Alhamdulillah atas segala yang tuhan kurniakan. Aku tak boleh cakap yang aku menyesal pindah sebab aku rasa lebih baik aku pindah. Yelah sampai bila aku nak berada di zon selesa? Aku pon taknak hidup dalam kenangan lagi dah k. Cumanya lamalah nak tunggu dapat balik selayang. Ikut plan asal minggu kedua cuti puasa tu baru aku dapat balik slyg(lama woi!) Dah sebulan lebih ni first time aku balik sini harinilah 7 april. Kalau tak reput kat rumah sana. Alhamdulillah.

May Allah bless us. Sorry kalau terkasar bahasa. Ampun.

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...