Selain daripada makan, makan, tido, baca komik, scroll insta, iiumc, aku pergi tusyen.
Haha
Haha
Tahun ni jelah aku rasa bersungguh. Ceh tak pon. Nak cakapnya nak spm year sebelum dah pi tusyen, pt3 aku dulu tahun tu nak periksa baru aku gi. Tapi yelah spm kan. Mestilah serius sikit.
Aku suka gi tusyen kat situ. Second tusyen yang aku pergi of courselah pengalaman yg berbeza. Tahun lepas aku pergi dengan bas, teksi, naik moto ngan kawan, jalan kaki. Tapi kali ni, aku bawak moto sendiri. Serius byk gila dugaan. Haha. Tambah2lagi pantai timur lak musim tengkujuh faham2lah. Tu tak kira lagi jatuh moto calar sana sini terkoyak lutut haha. Trauma gak lah haish.
Ni lah first aku pergi yang takda KAWAN. Yela aku duk sana mana nak ada kawan kat tempat aku tinggal. Ada pon dia tak nak pi tusyen. So aku pi soranglah, kalau ikut dia tak tusyen, tak belajarlah aku gamaknya. See, ikut kawan tak kemana dik. Alhamdulillah dapat lah jugak aku kawan baruu. Kalau pergi dgn kawan mesti nak melekat je sampai tak reti nak buat kawan baru. Yang aku kenal tu budak mrsm pc, sbp tak yah cakapla. Tusyen yg aku pergi ni dia asing yg asrama dgn harian biasa. So class aku budak2 mrsm dgn sbp lah.
Tusyen ni 4 subjek. Yang elektif lah ofcourse. Cg2 dia semua aku suka. Yelah cg2 yang berpengalaman. Lagi2 cg fizik dia, cg terbaik kat malaysia kot. Memang bagus gila dia ajar. Aku dari 0% jadi 89%. Aku puas hati lah dia ajar. Lagipun dia ni tak ajar main2 cuma kadang2 tu buat lawak deep. Hmm takut aku kalau tak gelak. Paling aku suka sbb apa yg dia nak ajar semua tercapai sebab memang dia tak main2. Paling aku teruja bab haba tulah dia terang cara nak jawab soalan. Bab ni memang takfaham sikit aku kira2 kalau campur haba pendam tentu dgn pelakuran. Aku sumpah mmg faham dan menyesal kalau tak pergi kelas dia. Tapi dia dah pencen
Yang aku nak cerita kat sini, pasal cg bio yang mengajar kat situ a.k.a anak owner tusyen tuh. hehehe
Sumpah aku cakap dialah laki idaman aku(bengong punya ayat) Ceh takdelah bukan nak mengatai. First aku tengok dia berseri gila muka dia. Macam ada aura gituw. Tak dinafikan dia macam shishio satsuki reality. Cuma bezanya dia tak pakai spek. Perg. Muka dia shiny2 tu aku rasa sbb dia pakai produk bapak dia. Sebab pernah time tu hujan lebat sampai tak butir sorang2 cakap. Dia terpaksa mengajar dialog tu tulis kat whiteboard. Pastu dia tulis "time hujan ni bagus berdoa" "doakan cg awet muda" kitorg gelak sebab mula2 dia tulis awek haha.
Shishio satsuki |
Dia ni kelakar gila. Memang cair la (perempuan typical). Erm jangan lah salah faham aku ni takdelah suka sangat usha laki. Aku cuma tgk dia kadg2 sebab aku takut laro. Kdg2 dia ajar tu aku tak pandang pon aku dengar je. Tapi sumpah kalau tengok muka dia tu memang boleh buat aku jatuh sgt, sbb shiny gila. Tak pernah aku rasa camni. Lagi kalau dia merayu. Aku ingat lagi dia print nota bio dalam kertas A4 biru dgn putih. Dia suruh amik yg biru baru special, tapi budak laki semua amik yang putih. Pastu dia macam please budak laki suruh amik yang biru. Cara dia cakap tu memang serius tak boleh dgr sbb memang budak perempuan yg lain pun macam jatuh cantu(eh faham tak? haha)
Dia ajar bagus jer. Kadang tu ada la story dia, pasal zaman kecik2 la, sekolah, hidup dia, kawan dia, wife dia sikit. Ouh dia dh kawin. Hm banyak dia cerita pasal hidup dia. Contohnya dia pernah cerita ex dia(aku agak je sbb dia kata someone yg pernah rapat tak kisah laki or perempuan) ingat semua tarikh bermakna dalam hidup dia cth tarikh tunang, hb ex tunang, tarikh nikah etc. Dia gak pernah cita dia pernah kena cubit dgn wife sbb tengok permpuan lawa ni ayat dia "orang rumah dok akak nok cubit doh eh". Btw dia satu2nya org yg ada accent terengganu yg paling aku suka. Aku tak pernah suka org ckp tganu. Maksud aku yg lain biasa2 sahaja. Stail dia cakap macam matluthfi sikit. Aku mmg suka cara mat cakap macam selamba gitu. Aku ingat lagi ada lecturer ni sebijik stail mat, dia cakap terus aku suka nk dgr. Ayat dia "ni mesti byk baca buku konspirasi yahudi" hahaha.
Aku pernah berbual dgn dia. Sbb dia tanya aku selangor kt mana etc. Pastu dia tanya sekolah mana skrg. Bila aku cakap tuh dia sambung "dengar skrg *sek awak* ada cg bio baru" pastu aku ckp bla bla bla " oh takde saya ada dapat tawaran mgjr kat sekolah tu tapi sya tak pergi malas sbb dh selesa dgn sekolah skrg" pastu conversation disambung dgn kelas bio kat sekolah aku. Dalam hati aku fuh, nasib baik lah dia tak pindah sekolah aku. Kalau tak, tak belajar aku(maksud aku mesti bio aku bagus sbb cg yg kite suke). Kawan2 aku mesti borak sakan dgn cg. Cg dahla mengajar sek agama apa lak dia cakap nanti. Aku pulak hati semakin rosak. Aku tak suka sangat nk care pasal laki even org tu aku suka. Sbbnya aku nak laki yg tak campur dgn perempuan kakakakh. Ceh mana ada, kalau ada pun dia tak hensem, kaki game, pemalas huhu. Kk JK.
Umur dia 31. Hm cana aku tau? Sbb dia cakap dia spm 2003. Ada time tu dia tanya agak2 umur dia berapa, tua dia ka tua lagi fattah amin. Sbb dia cakap spm03 so aku je yg jawab dgn semangat(ergh) "cg lagi tua" pastu dia balas " eh kenapa pulak fattah amin ada misai, cg takde" pastu dia tanya umur dia bape, aku cakaplah 31. Pastu dia tanya sorg2 knp. Turn aku, aku ckplah sbb spm03. Pastu dia termenung sendiri terlupa dia ada cakap pasal dia spm 2003. Huhu. Time ni time intro. Dia ada cerita pasal wife dgn kucing dia. Pasal wife tgk kdrama askar pastu dia cakap dia lupa tajuk tapi yg dia rasa kelakar dan tah pape cerita tu sbb hero dia muka jambu padahal askar ,time nilah aku bagitau "decendents". Pasal dia gi korea, vietnam. Aku pun dapat tahu yg bini dia lecturer Bi boh. Ayah dia siap tunjuk lagi gmbr diorg bersanding(patah hati ai) walau sakit, aku pun tgk dari jauh jela. Dia suka lagu putih putih melati(lagu plg aku benci) ayah dia ckp. Aku ingat lagi dia cerita kwn course fizik dia sembang dgn kwn dia ckp ulat tu revolusi nasi yg dibuang hhaha. Kwn dia cakap lepasni tak nak buang nasi dah
Tapi honestly talk, kalau aku tak suka dia pun aku tetap akan cakap dia mengajar bio tu bagus. Sbb dia relate story dia untuk relate apa yg dia ajar, dia bagitau kesalahan yg calon spm buat, cara jwb dapat markah and etc. Dia cerita cuma untuk attract supaya kitorg focus sikit.
So korang kalau crush on someone tolonglah cover. Aku dtg nak belajar, aku pun tak suka nak layan perasaan aku. Aku tulis ni dengan harapan apa yang ada dalam hati aku akan pergi menghilang dalam blog ni. Fuh lega aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan