Ahad, 31 Disember 2017

Menyesal masuk sekolah sains?

"What you were before doesnt determine who you are now"

entry ni aku tulis untuk aku yang 9 bulan yang lepas. tiada tujuan untuk riak sepanjang entry ni ditulis. mungkin ia sesuatu yang membosankan.

kehadapan farizah 9 bulan yang lepas, aku cuma nak cakap, keputusan kau untuk masuk asrama adalah pilihan yang terbaik kau pernah buat. im so proud of u my dear. instead of lari dari masalah, kau dapat achieve sesuatu yang better.

i have been through a lot this year.

tak dinafikan semua yang aku nak tahun ni semua tercapai. yes, aku dapat lunaskan semua azam aku! alhamdulillah. Tuhan kau sungguh Maha Pemurah.

start dari mula2 aku masih ingat lagi, aku nak sangat masuk sekolah ni sebab kayak.yela memangla kalau kat mana2 pon boleh pergi berkayak, kalau nak tunggu sampai bila, entah ye, entah tidak dapat. Aku ingatkan semua tradisi ni dah berakhir. rupanya dia memang nak kekalkan tradisi kursus kayak ni! jadi dapatlah aku pergi berkayak! walaupun banyak dugaan, alhamdulillah sekurang-kurangnya impian aku dah tercapai.

aku masih ingat lagi exam pertama kat sekolah ni bulan mac. aku dapat no.2 ranking sekolah. macam tak percaya je. kawan2 aku yang bagitau cakap tahniah semua. aku macam tak percaya sebab time tu subjek addmath je tak key in lagi tapi aku dah top 2! sangatlah wow. tapi aku seperti biasa memang tak suka bermegah(ceh sebenarnya kurang keyakinan) start dari sinilah kawan aku makin bertambah sbb diorg semua nak belajar dengan aku. ku sangkakan panas hingga petang, rupanya hujan ditengah hari. markah addmath keluar. then aku GAGAL. yes, AKU GAGAL ADDMATH. this is the first failure in my life. selepas tu aku dilanda kemurungan dan kehilangan kawan2( ceh tipu je). hahahaha time ni aku taktau nak cakap dgn diri aku macam mana. ranking aku jatuh no. 11 tapi at the same time aku bangga dengan diri aku sebab kegagalan pertama aku. orang kata kena gagal dulu baru berjaya ye dak?

dan Alhamdulillah itulah kegagalan terakhir aku tahun ni.
aku selalu fikir bio susah. first exam aku dapat markah 64. dan itu kali terakhir aku dapat B bio bagi tahun 2017. walaupun bio aku selalu dapat A- itu bukanlah bermakna aku suka dan minat bio nih. sebabnya aku mmg tak suka membaca. for math, alhamdulillah a few times dapat A+ dan takpernah B lagi.kimia aku pernah sekali je dapat B time Ogos sebabnya aku fikir aku da terer so baca yang susah2 je. tapi baguslah jugak. dapatlah jugak aku sedar diri sebelum final.

aku agak frust dengan fizik ni. aku suka sangat fizik. tapi aku pernah sekali je aku dapat A tu pon A- time ogos yang lain B. tula orang cakap minat tapi tak mampu. eh yeke

basically, setiap kali exam aku akan dapat 6A3B kecuali bulan mac dan pertengahan sebab aku ada satu gagal pastu pertengahan addmath aku D(lulus oi!). bulan mac ranking aku no. 11 dan aku fire up gila time tu sebab aku ingat lagi ade budak perempuan tu bajet2 top ten menyampah aku so aku pon doalah (bukan doa biasalah terdetik dalam hati) aku nak kalahkan dia supaya dia takde dalam top 10. dan pertengahan aku top 8 walaupun mula2 7. tapi nak cakapnya kawan2 aku yg berlagak top 10 semua takde dalam top 10 puas hati aku.

so final exam aku top...


Menyesal masuk sekolah sains? II

so final exam aku top 2 mula2 top 1 boleh lak cg salah masukkan markah addmath dan cam biasa aku takdelah malu mana sebab aku kan kurang keyakinan kalau benda macamni. takpernah terfikir untuk sampai ke tahap tu. ceh aku pernah terfikir sbb time first tu yg bermasalah addmath aku so kalau aku polish sikit mungkin aku boleh buat lagi bagus. =)

azam kedua aku tahun ni adalah untuk menjadi pengawas. tapi dulu tu aku jadi memang aku xbrp berminat sbb ..ok lupakan. tapi disebabkan aku dah beli baju so i have to continue. tapi macamana? sekolah aku amik start f4, f5 baru jadi pengawas. tu kalau jadi. sebab aku ingatkan akak2 yg pilih macam pilih badar tu. dan confirm2nya aku tak tercalon. dahla selalu tak dtg perjumpaan, duduk kat rumah lain pulak tu. so memang out! so aku pon batalkan cita2 aku tu walaupun dlm hati tetap nak. mengenangkan kerja berlambak pgws,kena checking asrama lagi, dan aku yg tak sukakan cabaran maka aku memang tak naklah jadi!

tapi aku memang kecewa habis nama aku takde dalam senarai meps (pgws sekolah aku). so aku pun pi interview prs. dan dapat. tetiba cg offer 2 jawatan. dia letak aku kat meps. maka jadilah aku pgws, secara tak langsung cita2 aku tercapai. tapi mengenangkan kerja banyak teacher dah sebut dah, aku murung kembali. hancur impian nak jadi ketua exco memandangkan aku satu2nya exco kebajikan yg terpilih. huhu . alhamdulillah.

dan kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ketika pergi mewakili sekolah. dengar macam simple je kan. takkan tak pernah. tapi ya aku memang tak pernah. aktif sukan pon last darjah 6, akademik jela mampu. tapi hello aku cuma dari sekolah biasa je dulu. takde pertandingan luar melibatkan akademik. so terkejut time tu. aku pergi(terpilih) pertandingan kuiz sejarah peringkat negeri terengganu as aku antara 4 orang yg tertinggi markah sejarah kat sekolah. dan banyak lagilah pertandingan peringkat kebangsaan yg aku join.

and penutup tahun 2017, cg hantar aku dan 3 yang lain pergi kursus pengurusan asrama(COC) di JB. memang rezeki. sejak daritu aku makin rapat dgn cg2 untuk handle program. dan dapat jugak aku handle sendiri program COC ni diperingkat sekolah. syukur adala beberapa kali pergi outreach bagi talk(ceh baru gah bunyinya) nak encourage budak2 masuk SBP

so apa yang aku tulis ni bukanlah untuk riak2. aku cuma nak recap balik untuk journey dlm blog ni. sapa tahu mungkin ada adik2 yang akan baca ni. so aku tulis ni untuk encourage korang untuk masuk asrama. well bagi aku waktu f4 dan f5 ni lah waktu yang terbaik untuk korang masuk asrama sebab tak lama lagipun nak masuk u kena jauh dari parents jadi kenalah praktikkannya!

lagipun korang dah besar boleh develop new skill. bagi aku kalau masuk time f1 hingga f5 ramai yang terdedah dgn kes buli dan mungkin kecelaruan identiti a.k.a adanya kes2 hmm melibatkan LG. tapi sayangnya start tahun 2019 SBP dah tak ambil pelajar2 lepasan pt3.

just nak cakap, Farizah aku tak menyesal dengan keputusan yang kau buat 9 bulan yang lepas. kau tempuh banyak dugaan, kawan kau pun makin bertambah. please jaga friendship kau, jgn buat2 lupakan diorg dah(haha).  alhamdulillah Tuhan murahkan rezeki kau tahun ni. Semua yang kau nak tercapai. jangan la riak pulak. kau pun dah semakin berani dan confident sekarang ni. harapnya tahun depan kau makin hebatlah =) goodluck spm.

terima kasih yang tak terhingga kepada awak semua yang masih bersama saya sampai sekarang. aku takkan lupakan kau insyaAllah. thank you for working hard. your words will always support me, ok? Im who iam today because you were there too.

tahun 2018 mungkin tak sebaik 2017,
so aku yang 2018 macamana?
gudluck spm



Selasa, 26 Disember 2017

Sensei

Selain daripada makan, makan, tido, baca komik, scroll insta, iiumc, aku pergi tusyen.
Haha

Tahun ni jelah aku rasa bersungguh. Ceh tak pon. Nak cakapnya nak spm year sebelum dah pi tusyen, pt3 aku dulu tahun tu nak periksa baru aku gi. Tapi yelah spm kan. Mestilah serius sikit.
Aku suka gi tusyen kat situ. Second tusyen yang aku pergi of courselah pengalaman yg berbeza. Tahun lepas aku pergi dengan bas, teksi, naik moto ngan kawan, jalan kaki. Tapi kali ni, aku bawak moto sendiri. Serius byk gila dugaan. Haha. Tambah2lagi pantai timur lak musim tengkujuh faham2lah. Tu tak kira lagi jatuh moto calar sana sini terkoyak lutut haha. Trauma gak lah haish.

Ni lah first aku pergi yang takda KAWAN. Yela aku duk sana mana nak ada kawan kat tempat aku tinggal. Ada pon dia tak nak pi tusyen. So aku pi soranglah, kalau ikut dia tak tusyen, tak belajarlah aku gamaknya. See, ikut kawan tak kemana dik. Alhamdulillah dapat lah jugak aku kawan baruu. Kalau pergi dgn kawan mesti nak melekat je sampai tak reti nak buat kawan baru. Yang aku kenal tu budak mrsm pc, sbp tak yah cakapla. Tusyen yg aku pergi ni dia asing yg asrama dgn harian biasa. So class aku budak2 mrsm dgn sbp lah.

Tusyen ni 4 subjek. Yang elektif lah ofcourse. Cg2 dia semua aku suka. Yelah cg2 yang berpengalaman. Lagi2 cg fizik dia, cg terbaik kat malaysia kot. Memang bagus gila dia ajar. Aku dari 0% jadi 89%. Aku puas hati lah dia ajar. Lagipun dia ni tak ajar main2 cuma kadang2 tu buat lawak deep. Hmm takut aku kalau tak gelak. Paling aku suka sbb apa yg dia nak ajar semua tercapai sebab memang dia tak main2. Paling aku teruja bab haba tulah dia terang cara nak jawab soalan. Bab ni memang takfaham sikit aku kira2 kalau campur haba pendam tentu dgn pelakuran. Aku sumpah mmg faham dan menyesal kalau tak pergi kelas dia. Tapi dia dah pencen

Yang aku nak cerita kat sini, pasal cg bio yang mengajar kat situ a.k.a anak owner tusyen tuh. hehehe

Sumpah aku cakap dialah laki idaman aku(bengong punya ayat) Ceh takdelah bukan nak mengatai. First aku tengok dia berseri gila muka dia. Macam ada aura gituw.  Tak dinafikan dia macam shishio satsuki reality. Cuma bezanya dia tak pakai spek. Perg. Muka dia shiny2 tu aku rasa sbb dia pakai produk bapak dia. Sebab pernah time tu hujan lebat sampai tak butir sorang2 cakap. Dia terpaksa mengajar dialog tu tulis kat whiteboard. Pastu dia tulis "time hujan ni bagus berdoa" "doakan cg awet muda" kitorg gelak sebab mula2 dia tulis awek haha.
Shishio satsuki
Dia ni kelakar gila. Memang cair la (perempuan typical). Erm jangan lah salah faham aku ni takdelah suka sangat usha laki. Aku cuma tgk dia kadg2 sebab aku takut laro. Kdg2 dia ajar tu aku tak pandang pon aku dengar je. Tapi sumpah kalau tengok muka dia tu memang boleh buat aku jatuh sgt, sbb shiny gila. Tak pernah aku rasa camni. Lagi kalau dia merayu. Aku ingat lagi dia print nota bio dalam kertas A4 biru dgn putih. Dia suruh amik yg biru baru special, tapi budak laki semua amik yang putih. Pastu dia macam please budak laki suruh amik yang biru. Cara dia cakap tu memang serius tak boleh dgr sbb memang budak perempuan yg lain pun macam jatuh cantu(eh faham tak? haha)

Dia ajar bagus jer. Kadang tu ada la story dia, pasal zaman kecik2 la, sekolah, hidup dia, kawan dia, wife dia sikit. Ouh dia dh kawin. Hm banyak dia cerita pasal hidup dia. Contohnya dia pernah cerita ex dia(aku agak je sbb dia kata someone yg pernah rapat tak kisah laki or perempuan) ingat semua tarikh bermakna dalam hidup dia cth tarikh tunang, hb ex tunang, tarikh nikah etc. Dia gak pernah cita dia pernah kena cubit dgn wife sbb tengok permpuan lawa ni ayat dia "orang rumah dok akak nok cubit doh eh". Btw dia satu2nya org yg ada accent terengganu yg paling aku suka. Aku tak pernah suka org ckp tganu. Maksud aku yg lain biasa2 sahaja. Stail dia cakap macam matluthfi sikit. Aku mmg suka cara mat cakap macam selamba gitu. Aku ingat lagi ada lecturer ni sebijik stail mat, dia cakap terus aku suka nk dgr. Ayat dia "ni mesti byk baca buku konspirasi yahudi" hahaha.

Aku pernah berbual dgn dia. Sbb dia tanya aku selangor kt mana etc. Pastu dia tanya sekolah mana skrg. Bila aku cakap tuh dia sambung "dengar skrg *sek awak* ada cg bio baru" pastu aku ckp bla bla bla " oh takde saya ada dapat tawaran mgjr kat sekolah tu tapi sya tak pergi malas sbb dh selesa dgn sekolah skrg" pastu conversation disambung dgn kelas bio kat sekolah aku. Dalam hati aku fuh, nasib baik lah dia tak pindah sekolah aku. Kalau tak, tak belajar aku(maksud aku mesti bio aku bagus sbb cg yg kite suke). Kawan2 aku mesti borak sakan dgn cg. Cg dahla mengajar sek agama apa lak dia cakap nanti. Aku pulak hati semakin rosak. Aku tak suka sangat nk care pasal laki even org tu aku suka. Sbbnya aku nak laki yg tak campur dgn perempuan kakakakh. Ceh mana ada, kalau ada pun dia tak hensem, kaki game, pemalas huhu. Kk JK.

Umur dia 31. Hm cana aku tau? Sbb dia cakap dia spm 2003. Ada time tu dia tanya agak2 umur dia berapa, tua dia ka tua lagi fattah amin. Sbb dia cakap spm03 so aku je yg jawab dgn semangat(ergh) "cg lagi tua"  pastu dia balas " eh kenapa pulak fattah amin ada misai, cg takde" pastu dia tanya umur dia bape, aku cakaplah 31. Pastu dia tanya sorg2 knp. Turn aku, aku ckplah sbb spm03. Pastu dia termenung sendiri terlupa dia ada cakap pasal dia spm 2003. Huhu. Time ni time intro. Dia ada cerita pasal wife dgn kucing dia. Pasal wife tgk kdrama askar pastu dia cakap dia lupa tajuk tapi yg dia rasa kelakar dan tah pape cerita tu sbb hero dia muka jambu padahal askar ,time nilah aku bagitau "decendents". Pasal dia gi korea, vietnam. Aku pun dapat tahu yg bini dia lecturer Bi boh. Ayah dia siap tunjuk lagi gmbr diorg bersanding(patah hati ai) walau sakit, aku pun tgk dari jauh jela. Dia suka lagu putih putih melati(lagu plg aku benci) ayah dia ckp. Aku ingat lagi dia cerita kwn course fizik dia sembang dgn kwn dia ckp ulat tu revolusi nasi yg dibuang hhaha. Kwn dia cakap lepasni tak nak buang nasi dah

Tapi honestly talk, kalau aku tak suka dia pun aku tetap akan cakap dia mengajar bio tu bagus. Sbb dia relate story dia untuk relate apa yg dia ajar, dia bagitau kesalahan yg calon spm buat, cara jwb dapat markah and etc. Dia cerita cuma untuk attract supaya kitorg focus sikit.
So korang kalau crush on someone tolonglah cover. Aku dtg nak belajar, aku pun tak suka nak layan perasaan aku. Aku tulis ni dengan harapan apa yang ada dalam hati aku akan pergi menghilang dalam blog ni. Fuh lega aku.

Jumaat, 15 Disember 2017

Rezki yang disangka

Hai heee :))

So sekarang tengah cuti en?
Banyak gila doh benda interesting jadi dan aku nak cerita gila
Tapi tulah cerita lengkap dalam hati je
Bila nak tulis ni semua hilang

Tapi aku takut gak ar
Sebab aku ni jenis kalau happy nanti sedih
Kalau expect baik jadi buruk
Centu ah sampai kawan aku kata aku sgt lah negative.

So aku nak cerita, 2 minggu sebelum cuti ni cg cg duk sibuk
Yelah kalut la nak fikir siapa meps(majlis ekskutif pelajar sester a.k.a pgws), mpa (majlis perwakilan pelajar), prs and so on

Dan time tu jugak cg buat sesi interview utk sapa yg nak jadi prs

And guess what?
Aku lulus interview tu.
Aku siap dapat dua tawaran lagi kut!
Cg suruh pilih prs ke meps
Wow aku tak tahu nak react macamana

Tahla aku pon tak pasti sbb aku mmg dalam ranking meps
Tapi aku takyakin dgn diri aku
Cg cdgnkan aku pilih meps utk masa depan aku gak
Aku actually mmg nak meps dari start masuk sekolah ni lagi
Tapi benda tu aku dh lupakan since meps ni byk kerja, tanggungjawab
Aku takut belajar aku tak stable dahla aku ni jenis memikir walaupun tu bukan masalah aku

K berbalik kpd topik

Aku ni jenis yg kena well prepared
So apa yg aku buat sebelum interviu is tanya kwn2 yg pernah gi interview
Alang2 cedok sikit apa yg diorg akan ckp
Aku actually kalau ada interviu camni mmg aku akan google ayat2 yg power sikit
Tapi time tu kat sekolah laptop pon kat asrama nak search bilanya?
Tapi huhu nasib baiklah rezeki, kawan aku ada kerja so cg bagi dia guna tefon
Hm dapat gak ah aku bodek dia google mana yg patut
Aku taiplah PEmbimbing rakan sebaya
Berlambak keluar
Baca lah semua, amik sikit2, etika, ciri2, misi, visi
Guna semua

Kebanyakkan yg lepas interviu aku tanya cg tanya apa dorg semua ckp cg suruh promote diri
Aku pon apa lagi sapu jela ayat google
Nasib time dtg ubk tu kwn aku bwk kerja so boleh la aku guna pen tulis sikit kat tangan supaya tak clueless nanti

Cakap tu bismillah dulu kalau boleh tiup time cg tak pandang haha
Alhamdulillah cg siap thumbs up lagi dgr org cakap

Hm time cg tanya tu aku was was gila
Prs kerja sikit, meps byk tapi meps lagi cerah masa depan
Kalau ikut aku yg malas dan tak suka cabaran ni mmg pilih prs la
Tapi cg suruh balik bincang ngan mak ayah dulu
Kalau boleh dia suruh tefon guna tefon dia time tu jugak kalau tak dia nak cari jugak aku esok sampai dapat  hahaha
Tapi aku refuse. Yela malu kut
Aku esok plak kena handle coc lagi la dia paksa call

N of course la diorg suggest meps nak aku berubah

Tapi esoknya tu aku sibuk handle sampai x keluar gi mana2 except cari brg sikit
Cg pon tak cari

Tapi dia letak je nama aku kat meps demi kebaikan aku

Thanks cg!

Hei, nak tahu satu benda tak? Aku bersyukur gila aku kenal kau, kalau aku tak kenal kau, aku mungkin takkan ada masalah sampai kawan aku paksa pergi jumpa kaunselor, dan aku jugak mungkin takkan rapat dgn mentor aku a.k.a kaunselor :) dan mungkin dia takkan sedar potensi aku.

See, every little things happened , mesti mesti ada hikmah

Thanks Allah!

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...