Jumaat, 19 Mei 2017

Chill lah

Sekarang, biasanya kalau aku dengan abah selalu abah akan tanya "macamana ok tak duduk asrama?", "Ok tak cara belajar dia?"

Selalu macam tu.

Aku ok je duduk asrama. Tapi aku tak boleh tahan bosan tak boleh keluar dari tempat tu. Ye memang boleh outing tapi seminggu sekali. Aku kalau boleh 3 hari tak sekolah tu, 3 hari tu nak keluar. Tak kira nak keluar jugak

Even ade je kawan aku, kan sebelum keluar kena hantar kad outing kat pengawal tapi 3 hari tu dia dah outing hari khamis. Tapi dia nak keluar hati sabtu dgn ayah dia, dia keluar senyap2 nyorok kat dalam kereta. Pastu hari isnin tu pulak cuti. Mak dia dtg ganu so dia pon nak keluar. Lagi sekali dia buat benda yang sama

Abah selalu cakap nasib baik boleh kat terengganu. Dekat. Orang duduk jauh tu lagi la tak balik. Macam mana kalau aku gatal pergi mintak muar ke seremban pastu dapat? Kalau bosan macamana? Duit tak cukup ke? Ye memang lah boleh pergi bank tapi macamana pulak minggu tu kau tengah pokai tapi tak boleh outing? Kan susah tak sedara mara lagi kat situ. Macamana nak balik tiap2 minggu hahaa macamana nak balik overnight cuti 2 hari je?

Abah selalu cakap takpe tingkatan 4 dah nak habis 5 bulan lagi sekejap je. Nanti dah f5 lagi cepat. Nanti dah habis sekolah rasa rindu rasa nak pergi balik tak nak keluar. Duduk asrama ni kita dapat kenal perangai orang, dapat kawan. Nanti dekat uni lagi teruk, mane ade kawan2 dah(aku tak ingat apa yang abah cakap pasal ni tapi memang deep). Asrama ni pon dapat biasa kan diri kita macam bangun tido kemas katil nanti tak de sapa suruh kita buat je sendiri sebab dah biasa. Mungkin kita sekolah lama asyik dapat nombor 1 je tapi dekat sini kita kena bersaing dengan antara orang yg terpandai.

Somehow aku memang sebak setiap kali abah cakap pasal ni. Tahun ni mungkin aku boleh balik tiap minggu outing, nanti dah f5 overnight pon dah tak selalu. Banyak kelas time weekend. Even cuti umum pon ade kelas. Stress nak capai target sekolah nak jaga budak2 lagi. Tapi baguslah dekat sini walaupun sbp lain orang cakap bagi tahu apa yg masuk periksa en, tapi sekolah aku tak (hehe bangga) pengetua cakap integriti kena jaga. Biar straight A's sikit asalkan berintegriti. Jadi apa2 keputusan yang kitorang dapat tu adalah hasil usaha sendiri even cg memang tak cakap contohnya kalau dah belajar bab 3 seminggu nak periksa , cg buat kelas malam nak habiskan jugak bab 3 ,cuti umum pon lagi kelas. Biasanya kita akan fikir kalau cg bersungguh ajar ni makna masuk dalam exam tapi ni cg pon tak bagitau pandai2 lah hidup. Kadg2 tu tak keluar sampai mana yg cg dah ajar, ada tu yg cg tak ajar pon keluar kalau sikit takpe yg ni berlambak. Eii menyirap je aku PI haritu  cg pulak xcakap pape. Yg dia ajar sikit je masuk yg dia x ajar tu lelebih.

Oh ya untuk nak jadi MEPS(majlis eskutif pelajar s) kena top 10 untuk jwtn penting. Tapi takkan sikit je kan. Jadi mungkin top 20 or top 30 kot boleh jadi meps. Uruskan semua pasal sekolah, buat kertas kerja aktiviti bagai. Tapi kawan aku cakap f5 yang cdg kan nama untuk jwtn apa2 tapi kena tgk bakat memimpin dgn top apa. Aku.. kalau aku top 10 aku tak nak jadi meps (menyestresskan je) aku nak jadi pss(diam2 je belajar). Tapi kalau tercalon apa salahnya hahaha! Tapi tak kot. Tapi kalau aku jadi kapten aspuri pon best jugak(yeye je) tapi tak seronoklah  orang lain baju berwarna kau sorang je baju putih huhu. Aku rasa aku pss lah weh.

Ok lah aku sekarang tengah bukan tengah amalkan tapi memang kena amalkan konsep 'semua benda yang terjadi tu adalah yang terbaik untuk kita'. Macam aku pergi sini, kalau benda ni bukan yang terbaik untuk aku, at the first place, tuhan takkan takdirkannya untuk aku betul tak? Bukankah semua rancangan tuhan tu adalah yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari? Mungkin bila dah masuk, kau dapat banyak gagal terus rasa aliran tu tak sesuai. Habis kalau aliran lain kau masuk tapi kau malas usaha kau fikir kau boleh buat ke haa??

Haha exam haritu still karangan lah paling tak boleh buat lagi BI. Kalau tahun lepas aku memang kena usaha gilap ayat nak buat tapi tahun ni kureng. So insyaAllah cuti ni aku usaha. Oh aku dah dapat markah bio hehe. Bangga bai even A-. Bangga lah weh dah lah sub yang aku tak suka. Yelah tak suka hafal. Tapi aku boleh dapat A memang lah. Tapi takut jugak mungkin ni the only one A selain psk (huaa sedihnya)

Aku ni keluar tak hantar kad outing hehe. InsyaAllah kalau ade rezeki esok aku nak outing pergi rumah kawan. Esok aku hantar kad outing betul2 doakan tau!

Ops terpanjang lak!

Jumaat, 12 Mei 2017

Oh My God!

Selamat datang =)

Malam nisfu syaaban dah lepas, bulan mei nak masuk pertengahan dah. And puasa nak dekat dah. Aku bukan apa tinggal dekat asrama ni paling tak sabarnya overnight lah. Yee cuti 2 minggu ni la eeee tak sabarnya. Haha. Setiap benda yang seronok tu ada cabaran dia.

Apa? Exam weh.

Gurr strunggle. Kawan2 aku ni jenis yang tido je. Faham2 lah kalau kau nak baca buku pastu 4,5 kawan terbaring tido apa kau buat? Orang yang kuat imannya je akan study lagi. Dan aku termasuklah dalam golongan yang lemah imannya (astaga) Cuti tido, habis paper tido, masuk bilik tido. Bila study? Tu ha pukul 2-3 pagi tu. Ya Allah wehhh. Aku mana boleh study pagi2! Nanti kat kelas aku tidur. Jadi hari2 aku tidur awal

Even begitu tiap kalau sarapan, kawan aku mesti tanya tidur pukul brp and always aku jawab 1120. Esoknya tanya lagi aku jawab lagi 1120 pastu diorang gelak2. Sebab apa? Sebab eyebag aku bertimbun. Sob sob aku selsema+batuk2 weh sejak dr.sukida rosak. Hari2 minum watercooler:( So yey exam nak habis da. Tinggal 4 sub(bukan paper) adm,bi,sej,pai. Ahh struggle kena byk baca minggu ni +preparation hari guru lagi bila tah dorang ni nak buat.

Paper macam mana? Hm tak tau nak cakap macamana tapi alhamdulillah aku boleh jawab dgn tenang sofar. Mungkin sebab sehari seblum aku da call makayah aku nangis2 LOL haha! Berkat doa lani.. alolo haha. Tapi yang aku rasa takleh jwb sekali ialah karangan. Mujur aku pindah.Ah selalu cenggini lari dari kelemahan. Actly menyembunyikan.

Fizik. Ah terhibur aku tengok kertas dia. Haha bukanlah sebab susah tapi cg aku buat lawak dalam tu. Macamana2 pun nak jugak selit gmbr dia kat kereta mr. Bean konon nak suruh kita tukar jadi F1. Pelik2 je cg ni. Bila tanya sejak bila cg ada kereta antik dia senyum2. Haha oh ya paling takleh bla. Time exam, dia jaga pastu dia cakap 'kelas awak ni tak da jam ke' pastu kitorang jawab lah tak pastu dia cakap 'hok aloh awok ni. Takpe takpe nanti saya lukis.' Gelak selok aku weh. time karangan lagi tu! Pastu dia round pastu tanya 'kelas awok ni takde ke hok nok tehok pitih(buang duit)? Banyok sampoh je. Takpe nanti saya buat signboard 'buang duit jagn buang sampah' ok ji dah lapok tapi serius lawak dulu. Pastu ada soalan tu pasal lif yang daya paduan tu semua tapi dalam lif tu dia letak gambar dia. Tapi dia cakap kawan dia(cg sokmo gini) pastu ok soalan a,b,c sampai d 'bayangkan apa yang berlaku sekiranya tali lif terputus(nayoo.. toksah bayang nayo kesian ke dia)' weh tergelak2 aku hoho. Memang terhibur lah tapi risaulah sbb bila dia ajr tak serius ni aku pon rasa aku bljr main2 takut2

Sekarang aku selalu leka. Waktu sebelum tidur aku time pukul 530pg cam biasa. Pastu tetiba bangun pagi pukul 450 tu dah cerah. Pastu aku cam 'eh, oh lampu tandas' pastu aku pon tidur balik. Jam dah bunyi 530 tapi aku selalu tunggu azan baru bangun tapi pelik dah 540 tapi azan tak bunyi2 lagi. Bila aku tengok jam betul2 rupa2nya ah pukul 645! Ah sudah tapi nasib baik kawan aku ada telekung aku pon solat dlm bilik. Dan sekali lagi time kimia paper 2. Habis pkul 1230 jam aku dah pukul 1120 dah aku macam 'alamak bahagian b aku tak jawab lagi gagal la akuuu' aku skip buat bhgn c dulu. Dah 1230 dah ni aku tulis lagi laju lantak la cg tak faham asal ada jwpn dah. Pastu 1245 eh asal cg tak kutip lagi khusyuk sgt cg ni main fon. Baa rupa2nya baru 1145. Tapi aku dah siap kimia. Gila aku buat laju2 semua rasa sia2

Theres a girl inside my head always asking me 'macamana ni fari' 'macamana nak lari'. Aku rasa bebal bila dia selalu dtg dlm mimpi atau waktu aku susah. Intonasi suara tak ubah macam benda tu.

Aku kekadang kalau buat kerja kira2 dan soalan tu take time nak faham dengan budak2 ni bising lagi aku srnang give up au pernah aku cakap cani 'aduh aku rasa bodoh sangat. Aku give up. Doakan aku dapat laki yang kaya, mak mertua yang baik, anak anak yang solehah weh'sambil simpan buku pastu kawan aku gelak2.

Stil kawan aku semua cakap aku mudah terhibur dan selalu buat lawak. Oh kawan aku panggil aku fari tak pon Fa tapi ade jugak panggil fairy (aku tak pernah cdg panggil ni dia sebut cani)sampaikan bila orang panggil aku farizah kat situ means dia tak rapat dgn aku atau dia bergaduh dgn aku. Sekian. Semoga aku dapat survive 1 tahun setengah aku kat sini dengan jayanya.cekal la sikit fari.sekian, salam sayang saya dari Trg

Oh my god I dont know why,

Oh my god I hate you girl .

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...