Orang cakap, bila benda kecil pon buat kau rasa terharu, maknanya (lama2) kau murah
Erm. Aku mengaku aku selalu terharu. Haritu atuk aku bagi aku rm10 dalam duit syiling 20sen pastu dia cakap 'ambik buat call mama'. Weh balik asrama tu aku nangis weh. Dia cakap kat mak aku nyaknye(kesian) ke aku asyik call putus2, cakap2 tiba dah xde dah. Pastu haritu,sebelum aku masuk asrama aku ada cakap org macam nak jatuhkan aku. Macam aku x sesuai ke nanti dan masuk balik sekolah lama dan aku cakap aku sedih, then kau terus call. Tanya aku okey ke kenapa suara lain etc. Serius terharu. Erm aku taktahulah kau berpura2 ke apa. Tapi bila aku tanya kau borak jeke, kau kata kau betul2.
Kadang2 aku rasa aku bertuah sbb masuk(dan mmg ye ceh) nak dibandingkan dgn Kisas. Kisas lain, straight gila en, penat jalan, makan asing, xleh bising, duduk dorm, mknan x sedap etc. Berbeza dgn kat sini (alhamdulillah) bagi aku kat sini x ketat cuma prinsip hormat senior tu wajib. Tapi menurut akak f5, tahun lepas lagi teruk drg kena. Ok x kisahla. Pastu katsini pi mana2 pon still dekat (tak bagi aku yg jln lambat ni), makan kat sini lak bebas dgn sesapa x ikut rumah tapi asal bukan dgn laki dahla. Duduk bilik 2 org je, bilik air, selang 2 bilik je bilik air. Nak berebut tu xlah kot(?). Makanan dia alhamdulillah masih terasa di lidah dan menepati cita rasa aku. Xla macam org lain kata asrama makanan xsedap. Cuma sini ikan je memanjang. Tak pon udg. Ayam bukan xde, ade. Cuma rare la sampai time rehat 10am tu berebut drg gi beli ayam kat kantin hahaha
Tapi hat yang first intake lagi la kesian. Lepas 3 minggu baru dpt makan ayam. Kami second intake ni hari yg ke3 dapat dah. Time pi outing tu kalau hang xpi mkn kfc hang dikira x normal kot. Siyes ah haha
Makcik cakap makan ikan la pandai. Haha dan cakap org sini pandai bila aku cita kat sini byk mulut, byk soalan sampai bila kelas senyap tu depa takut. Siap cakap 'wakpe senyap gatni takut pulok aku' lebih kurang(?) dan ya pandai lah tu.
Sistem rumah sukan disini adalah kuat, tapi xlah sekuat Kisas dan sek lain rasanya. Ya kat sini bilik I mean roomate mengikut rumah sukan dan setiap ahli akan menyumbang@menolak markah rumah sukan. Cam contohnya kalau kau gagal sub dia akan effect gak markah rumah. Pastu sekarang dia yg setiap subjek sapa yg gagal nam disebut oleh PENGETUA sendiri(setakat yg aku tgk haritu) dan akan naik pentas. Kalau kau gagal 5 sub, 5x kau naik pentas. Erm risau aku homework da la byk, baca buku tah bila lepas cuti da exam. X catchup lagi do padan muka
Dan juga kesalahan disiplin lain gak. Tula mula2 aku fikir dorg ni peramah tanya rumah apa bagai (dan memang peramah pon) rupanya dia nak kenal pasti kalau kau buat salah 'oh nilah org yg turunkan markah rumah' haha
Alfa= merah, Beta= kuning, Gamma= hijau, Sigma= biru
Ya, simbol addmath semuanya.
Kdg2 aku rasa 'serius ah aku kat sini' 'aku kat mana ni?' 'Asal dikelilingi org yg cakap ganu?' Aku rasa sukarlah disini. Lagi2 bila fikir koko. Cane ni aku fikir aku kena start menabung dari sekarang utk masuk uni swasta ha ha ha
Erm takut bhai. Betul ke aku amik aliran sains tulen ni? Weh serius cakap x minat(ah bosannya ayat ni) Tapi kalau x amik x belajar lak aku. Alhamdulillah cikgu bio kat sini ok.
Erm takut bhai. Betul ke aku amik aliran sains tulen ni? Weh serius cakap x minat(ah bosannya ayat ni) Tapi kalau x amik x belajar lak aku. Alhamdulillah cikgu bio kat sini ok.
Pastu kawan aku ni pulak tahu yg mak aku yg isi rayuan ni sendiri dan awal2 pagi sebelum pukul 7 dah check sampai dorang hari ketiga sblum daftar baru tahu. So bila aku kacau2 manja (bukan apa dorg ni layan kalau aku kacau, lagilah aku nak main2 haha) macam kat zafirah dorg cakap 'patutlah mok dia hantar sini' 'mok dia tokse doh mari amik dio' 'menyesal kita tegur dia firstday tu ' and etc. Kalau kau baca ni, memang! Memang mak aku tak amik aku pasal makcik aku yang amik =P
Btw depa 2 org ni kelate. Ni kot yg aku rasa rapat setakat ni. Aku rapat gak dgn budak second intake yg lain tapi dorg kelas lain. Tapi kalau makan ke buat kerja time prep, ponteng riadah wajib bersama haha! Kira berpuak gak ah ecece. Sorg tinggi, sorg pendek comel haha, tak setinggi zulaikha tapi tinggilah. Ha ye aku mmg ingat kau tiao kali bjalan dgn dia.
Kawan aku panggil aku fari sbb first dia tanya nama aku bagitaum selang bape minit bekali2 dia tanya 'gapo dio doh tadi nama awok' so aku pon cakaplah kwn lama aku ada jugak panggil aku fari. So dorang pon cam excited 'ha! Fari' pastu x lupa dah. Pastu ada jugak panggil fa. Ha roomate aku pon panggil fa. Haha aku saja je bila tanya panggil apa aku cakap Fa pon boleh jadi dorg panggil je. First yg tinggi tu panggil aku x dgr yela biasa org panggil kita dgr 'ri' tapi ni tak. Aku kekadang nak gelak je impian aku pon nak org panggil aku Fa, (Impian ke ni) tapi kekok lak haha LOL LoL
Sebab aku xnak tunjukkan sadistic tu ada benda yg aku xtulis. Tolong doakan aku kat sini. Aku kan kat sek tu kalau minggu outing dia kalau boleh tiap2 kali nak balik rumah bukan rindu ke homesick ke apa tapi rasa xde hati nak duk sekolah bila tak sekolah. Kawan aku ada ajak gi outing sesama. Aku mmg nak gi tapi xde hati lak nak pergi. Alhamdulillah ada kawan nak makan, tidur, borak, melawak, tunggu lepas pakai kasut semua. Haha tapi aku rasa x kekao lama kot pasal akukan cam rapat utk 6 bulan je. Tah aku rasa aku kenal kot aku dlm bab ni. Yang paling best bila dorg excited nak balik cuti ni aku tanya 'korg nak dtg lagi ke sekolah ni' semua gelak. Korang bukan dah xnak dtg dah ke? Oh thanks kalau korg betul2 baca blog aku ni. Aku tak sangka korg ingat even aku cakap sekali je time first tu.
Aku selalu sengih gelak sorg2 pastu kawan aku selalu tanya 'bakpe mu gelak sorg' haha serius cam rasa kelakar gila cana aku end up ada kat sini rasa cam xleh terima kenyataan. Lawak bhai bodoh sesorang kat situ Lul. Yela yg lain semua straight A minat bio semua. Oh btw setakat ni ada sorang kot 9A kalau aku sekali 2 org la. Dia nak amik 3rd intake tapi aku tak tahu dia nak mohon cane tapi kalau 9A dan ke atas insyaAllah dapat sebab dia cakap dia just amik je sbb nak penuhkan f4 60org. Sekarang baru 45 ke bawah. Tapi sapa pulak nak gi jauh ceni kan
~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~
Kadang2 aku rasa dorg tu bukan xfaham apa yg kau cakap. Dorang faham cuma dorng rasa kejam kalau cakap atau lebih tepat lagi takut kau sentap atau kecil hati. Tapi aku cakap je sbb aku rasa aku da muak dgn semua benda ni. Terpulanglah. Dan aku rasa aku da byk baca komik pasal ni hingga aku rasa aku x perlu dah baca buku bahayanya lelaki hahahaha!
Cuma kekadang tu bila aku sendiri aku terfikir pasal kau. Aku rasa aku tenang duduk sini, tak perlu dah nak fikir dosa aku benci org apa semua tapi tulah, kaulah. Aku, hati yang bolak balik. Apakah ni takdir atau mimpi semata mata?
Cuma kekadang tu bila aku sendiri aku terfikir pasal kau. Aku rasa aku tenang duduk sini, tak perlu dah nak fikir dosa aku benci org apa semua tapi tulah, kaulah. Aku, hati yang bolak balik. Apakah ni takdir atau mimpi semata mata?
Terima kasih baca pepanjang(kalau) ni dari diari yg aku tulis satu hari je. Ade lagi aku tak tulis. Susah en nak call korang. Erm
Lepas ni aku guna card top up lak
Lepas ni aku guna card top up lak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan