Khamis, 23 Mac 2017

:(

Harini mak aku last dekat KT
Lagi 2 hari aku balik asrama balik

Aku tak tahu kenapa kali ni aku rasa sedih sangat
Aku tak boleh tahan sebak setiap kali aku fikir lagi 2 bulan baru dapat jumpa mak balik

Aku rasa dulu aku tak sedih sbb dulu tu pergi tiba2
Hari2 sebelum tu pon memang aku jarang jumpa mak
Jumpa pon waktu malam tu pon sekejap ke kan

Tapi kali ni seminggu ni, oklah tak sampai seminggu pon
Hari2 aku tengok muka mak, bangun sebelum nak tido, mak je
Hari2 pon cari mak je
Sebenarnya aku rancang nak balik, abah, ma semua pon mmg fikir aku nak ikut sama lah

Tapi kerja aku banyak, buku pon aku tak baca lagi :(
Lepas cuti ni terus start exam
Banyak lagi bab aku tak cover

At last ma cakap aku takyah balik sbb nanti penat
Kalau balik harini sabtu kena dtg pulak
Dalam 7j perjalanan tu pon banyak benda aku boleh buat
So ma cakap takyah la balik

Aku nak balik, tapi kalau balik aku tak banyak masa nak buat semua sbb aku takleh baca time dlm kereta. Pening

Aku takut la 2 hari ni aku takde semangat nak baca buku sbb mak tak ada :(

Weh, doakan aku kat sini.

Haha asyik aku je suruh korang doakan hahah
Ok, insyaAllah aku doakan korang jugak

May Allah ease everything,
Farizah fighting!
Lol.

Selasa, 21 Mac 2017

SO?

I say this again.

Haha. Aku tak tahu nak jawab macamana setiap kali orang tanya 'ok ke sekolah baru' 'best ke sekolah baru?' and etc. Aku mampu jawab Alhamdulillah je. Nak kate tak ok, aku ok je. Nak kata best kang lain pulak jadi. Yela nikmat ni Tuhan yang bagi bila2 masa boleh tarik balik. Takutlah
Hm aku taktahu nak describe macamana. Every day aku pergi sekolah, yelah aku rasa macam mimpi. Rasa macam aku bukan pergi sekolah, macam aku pergi kem cuma aku tak tahu bila aku balik. Hm macamtulah

Tak, tak sekolah ni bukan pusat tawanan. Aku tak nak korang fikir macam tu. Betul ok je. Yela aku masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Aku kagum betul dengan kawan aku ni cepatlah sesuaikan dengan persekitaran. Ketua murid p f4 kau takyah cakap lah dia serba serbi boleh.

Aku cakap je alhamdulillah dengan harapan orang akan doa yang baik2. 'Pandai abah pilih sekolah' 'bagus farizah ni'(haha) 'elok2 tau' 'Farizah dah suka dah duduk sini' 'Farizah dah bahagia dah duduk sana' etc.

Tak dinafikan bila aku sekolah sini, pandangan orang tu macam dah berubah. Serius aku terasa. Orang yang dulu cakap dengan aku pon nak tak nak, aku ada depan dia pon still panggil yang jauh. Sekarang, aku duduk jauh sibuk sebut2 panggil aku. Uish layan tak yah cakap, dulu nak tak nak, sekarang 'silakan'. Hihi makcik2 nenek2 aku semua suka aku duduk sini. *smirk* Bila pergi mana2 ja makcik2 sedara2 sepupu sepapat semua 'yang mana eh yang masuk sekolah sains tu' .Ada jugak 'eh dah besar dah sekarang. pt3 dapat berapa, sekolah yang lama lagi ke' bila aku cakap tak, dah pindah sms 'oh bagus buat elok2'. Kalau gi jalan pakai baju sekolah pon ade org tegur 'eh adik ni sekolah.... goodluck tau'

Aku kekadang hmm je dengan semuani. Haih hikmah dia mungkin untuk eratkan silaturahim dengan orang. Ok ok.

Tah la aku serius tak tahu nak cakap macamana
Lepastu hari tu bila mak kawan aku datang dia cakap 'bila kita dah masuk sini, kita kena buktikan kat orang kita boleh buat bukan keluar kalau tak selesa' aku acctualy tak amik port pon dia cakap ni. Dah kawan aku asyik2 ulang2 je ayat ni , dia pon melekat la.

Hm betullah bertuah tau. Sedara aku mrsm, makanan tak rasa apa2, cikgu asyik tak masuk je suruh belajar sendiri.
Aku alhamdulillah la semua ok.
***************************

Perg aku tak suka betul dia ni. Aku tak tau dh nak belas kasihan macamana tiap2 tahun makin teruk je. Eh takdelah teruk tapi sama ja tiap2 tahun. Ya aku memang tak baik jugak nak jadi contoh. Tapi kau bila nak berubah? Takkan semua org tua yg nak buat? Kau keluar bilik tak weh? Ei aku duduk jauh ni ha lagi la aku tak tahu kau mesej sapa apa semua. Haish aku bukan kisah pasal kau la. Ok kisah la jugak tapi lagi kesian org tua kau. Haih. Aku kekadang 'cepat2 la dia ni kawin. Biar aku tengok sapa orangnya biar aku ceramah sekali' haduh . Aku duduk jauhni alhamdulillah la aku tak fikir pasal sesapa tau buat serabut kepala je tahu tak

Tolong doakan k


Ahad, 19 Mac 2017

To My Star

Orang cakap, bila benda kecil pon buat kau rasa terharu, maknanya (lama2) kau murah

Erm. Aku mengaku aku selalu terharu. Haritu atuk aku bagi aku rm10 dalam duit syiling 20sen pastu dia cakap 'ambik buat call mama'. Weh balik asrama tu aku nangis weh. Dia cakap kat mak aku nyaknye(kesian) ke aku asyik call putus2, cakap2 tiba dah xde dah. Pastu haritu,sebelum aku masuk asrama aku ada cakap org macam nak jatuhkan aku. Macam aku x sesuai ke nanti dan masuk balik sekolah lama dan aku cakap aku sedih, then kau terus call. Tanya aku okey ke kenapa suara lain etc. Serius terharu. Erm aku taktahulah kau berpura2 ke apa. Tapi bila aku tanya kau borak jeke, kau kata kau betul2.

Kadang2 aku rasa aku bertuah sbb masuk(dan mmg ye ceh) nak dibandingkan dgn Kisas. Kisas lain, straight gila en, penat jalan, makan asing, xleh bising, duduk dorm, mknan x sedap etc. Berbeza dgn kat sini (alhamdulillah) bagi aku kat sini x ketat cuma prinsip hormat senior tu wajib. Tapi menurut akak f5, tahun lepas lagi teruk drg kena. Ok x kisahla. Pastu katsini pi mana2 pon still dekat (tak bagi aku yg jln lambat ni), makan kat sini lak bebas dgn sesapa x ikut rumah tapi asal bukan dgn laki dahla. Duduk bilik 2 org je, bilik air, selang 2 bilik je bilik air. Nak berebut tu xlah kot(?). Makanan dia alhamdulillah masih terasa di lidah dan menepati cita rasa aku. Xla macam org lain kata asrama makanan xsedap. Cuma sini ikan je memanjang. Tak pon udg. Ayam bukan xde, ade. Cuma rare la sampai time rehat 10am tu berebut drg gi beli ayam kat kantin hahaha

Tapi hat yang first intake lagi la kesian. Lepas 3 minggu baru dpt makan ayam. Kami second intake ni hari yg ke3 dapat dah. Time pi outing tu kalau hang xpi mkn kfc hang dikira x normal kot. Siyes ah haha

Makcik cakap makan ikan la pandai. Haha dan cakap org sini pandai bila aku cita kat sini byk mulut, byk soalan sampai bila kelas senyap tu depa takut. Siap cakap 'wakpe senyap gatni takut pulok aku' lebih kurang(?) dan ya pandai lah tu.
Sistem rumah sukan disini adalah kuat, tapi xlah sekuat Kisas dan sek lain rasanya. Ya kat sini bilik I mean roomate mengikut rumah sukan dan setiap ahli akan menyumbang@menolak markah rumah sukan. Cam contohnya kalau kau gagal sub dia akan effect gak markah rumah. Pastu sekarang dia yg setiap subjek sapa yg gagal nam disebut oleh PENGETUA sendiri(setakat yg aku tgk haritu) dan akan naik pentas. Kalau kau gagal 5 sub, 5x kau naik pentas. Erm risau aku homework da la byk, baca buku tah bila lepas cuti da exam. X catchup lagi do padan muka

Dan juga kesalahan disiplin lain gak. Tula mula2 aku fikir dorg ni peramah tanya rumah apa bagai (dan memang peramah pon) rupanya dia nak kenal pasti kalau kau buat salah 'oh nilah org yg turunkan markah rumah' haha

Alfa= merah, Beta= kuning, Gamma= hijau, Sigma= biru

Ya, simbol addmath semuanya.

Kdg2 aku rasa 'serius ah aku kat sini' 'aku kat mana ni?' 'Asal dikelilingi org yg cakap ganu?' Aku rasa sukarlah disini. Lagi2 bila fikir koko. Cane ni aku fikir aku kena start menabung dari sekarang utk masuk uni swasta ha ha ha
Erm takut bhai. Betul ke aku amik aliran sains tulen ni? Weh serius cakap x minat(ah bosannya ayat ni) Tapi kalau x amik x belajar lak aku. Alhamdulillah cikgu bio kat sini ok.

Pastu kawan aku ni pulak tahu yg mak aku yg isi rayuan ni sendiri dan awal2 pagi sebelum pukul 7 dah check sampai dorang hari ketiga sblum daftar baru tahu. So bila aku kacau2 manja (bukan apa dorg ni layan kalau aku kacau, lagilah aku nak main2 haha) macam kat zafirah dorg cakap 'patutlah mok dia hantar sini' 'mok dia tokse doh mari amik dio' 'menyesal kita tegur dia firstday tu ' and etc. Kalau kau baca ni, memang! Memang mak aku tak amik aku pasal makcik aku yang amik =P
Btw depa 2 org ni kelate. Ni kot yg aku rasa rapat setakat ni. Aku rapat gak dgn budak second intake yg lain tapi dorg kelas lain. Tapi kalau makan ke buat kerja time prep, ponteng riadah wajib bersama haha! Kira berpuak gak ah ecece. Sorg tinggi, sorg pendek comel haha, tak setinggi zulaikha tapi tinggilah. Ha ye aku mmg ingat kau tiao kali bjalan dgn dia.

Kawan aku panggil aku fari sbb first dia tanya nama aku bagitaum selang bape minit bekali2 dia tanya 'gapo dio doh tadi nama awok' so aku pon cakaplah kwn lama aku ada jugak panggil aku fari. So dorang pon cam excited 'ha! Fari' pastu x lupa dah. Pastu ada jugak panggil fa. Ha roomate aku pon panggil fa. Haha aku saja je bila tanya panggil apa aku cakap Fa pon boleh jadi dorg panggil je. First yg tinggi tu panggil aku x dgr yela biasa org panggil kita dgr 'ri' tapi ni tak. Aku kekadang nak gelak je impian aku pon nak org panggil aku Fa, (Impian ke ni) tapi kekok lak haha LOL LoL

Sebab aku xnak tunjukkan sadistic tu ada benda yg aku xtulis. Tolong doakan aku kat sini. Aku kan kat sek tu kalau minggu outing dia kalau boleh tiap2 kali nak balik rumah bukan rindu ke homesick ke apa tapi rasa xde hati nak duk sekolah bila tak sekolah. Kawan aku ada ajak gi outing sesama. Aku mmg nak gi tapi xde hati lak nak pergi. Alhamdulillah ada kawan nak makan, tidur, borak, melawak, tunggu lepas pakai kasut semua. Haha tapi aku rasa x kekao lama kot pasal akukan cam rapat utk 6 bulan je. Tah aku rasa aku kenal kot aku dlm bab ni. Yang paling best bila dorg excited nak balik cuti ni aku tanya 'korg nak dtg lagi ke sekolah ni' semua gelak. Korang bukan dah xnak dtg dah ke? Oh thanks kalau korg betul2 baca blog aku ni. Aku tak sangka korg ingat even aku cakap sekali je time first tu.

Aku selalu sengih gelak sorg2 pastu kawan aku selalu tanya 'bakpe mu gelak sorg' haha serius cam rasa kelakar gila cana aku end up ada kat sini rasa cam xleh terima kenyataan. Lawak bhai bodoh sesorang kat situ Lul. Yela yg lain semua straight A minat bio semua. Oh btw setakat ni ada sorang kot 9A kalau aku sekali 2 org la. Dia nak amik 3rd intake tapi aku tak tahu dia nak mohon cane tapi kalau 9A dan ke atas insyaAllah dapat sebab dia cakap dia just amik je sbb nak penuhkan f4 60org. Sekarang baru 45 ke bawah. Tapi sapa pulak nak gi jauh ceni kan
~~~~~~~~~~~~~~~~

Kadang2 aku rasa dorg tu bukan xfaham apa yg kau cakap. Dorang faham cuma dorng rasa kejam kalau cakap atau lebih tepat lagi takut kau sentap atau kecil hati. Tapi aku cakap je sbb aku rasa aku da muak dgn semua benda ni. Terpulanglah. Dan aku rasa aku da byk baca komik pasal ni hingga aku rasa aku x perlu dah baca buku bahayanya lelaki hahahaha!
Cuma kekadang tu bila aku sendiri aku terfikir pasal kau. Aku rasa aku tenang duduk sini, tak perlu dah nak fikir dosa aku benci org apa semua tapi tulah, kaulah. Aku, hati yang bolak balik. Apakah ni takdir atau mimpi semata mata?

Terima kasih baca pepanjang(kalau) ni dari diari yg aku tulis satu hari je. Ade lagi aku tak tulis. Susah en nak call korang. Erm
Lepas ni aku guna card top up lak

Jumaat, 10 Mac 2017

Escape

aku da keluar asramaaaaa!









ecece takdelah aku balik sekejap je
ni pon guna laptop atok sedara aku punya.
aku balik ni sbb nak update bloglah!

ah nawok ngat(tipu)

aku nak basuh baju, buat keja pkai internet jap.
bukan kat sana takda mesin basuh, aku saja cari alasan nak balik(malas la nak cite)
internet ade je kat sana laptop pon ade je kwn aku bawak, tapi seganlah nak pinjam :(

macamana sekolah dekat sini?
oh ok je.
jap aku cerita

first time nak masuk tu serius ah rasa nak nangis yela org pon macam nak jatuh2kan aku
macam ' tahu anak *** masuk asrama jugak, tapi baru je 2 minggu dah keluar nangis2'
'saya harap awak dpt sesuaikan diri kat sana, kalau pape pintu sekolah ni selalu terbuka untuk awak' hehe
' bukan apa masuk asrama ni ramai yang tak boleh sesuaikan diri pastu masuk sekolah lama balik'
dan sewaktu dgnnya.
terima kasihlah sbb call tanya khabar aku eh. terharu sangat.

pagi tu kan aku kena daftar pukul 9 jadi 830+ tu dah gerak keluar rumah.
malam tu sebenarnya aku nak post sesuatu kat blog tapi xsempat pulak :(
dekat je kot sekolah tu kan giant kuala terengganu (sekolah ni disebalik bukit kat situ), nampak sekolah cina, depan sikit trafic light masuk kanan straight je dah nampak sign board sekolah ni.
sekolah ni pintu pagar dia dalam sikit jadi kena lalu lorong 2,3 rumah baru masuk.
masuk je nampak banner cg2 dia . dan mula2 pengetua dialah
pastu tengah2 tu ada arca kayak. wah aku da excited gila. dah la sbb aku masuk sekolah ni sbb tu. haha
bagi aku suasana dia ceria oh. ah susah nak gambarkan
time daftar tu aku tgk la pengawas dia aku macam dah fikirla nak buat kawan
sekali dia panggil aku 'akak'
LOL! tingkatan 2 rupanya serius ah muka cam form 4 oh
btw sekolah ni just ada f1,2,4,5 je dan student dia sikit sangat
tingkatan 3 belum amik lagi. tahun depan.
kelas dulu kan f4,f5 je 5 kelas tak silap
sekarang 2 kelas je setiap form rasanya lah
ya sikit je f4 pon baru 40 tunggu third intake lak

tahu tak aku dapat bilik atas sekaliiiii.
tingkat 4, bilik hujung tepi tandas weh serius ah penat gila
nak nangis rasa
dah la tepi tu bilik xde org sebelah kanan lak semua f5
ish2

pastu lak kat sini banyak kelate
eh aku salah tempat ke
set2 dia kalu jupa oh riuh gile
macam dah kenal bertahun padahal baru jumpa.
tapi seriius ah aku suka dgr set2 ni cakap peramah sangat.
btw aku ada ja kwn yang rapat sama2 dlm 6 org.
dan ya semua tu second intake jugak.
syukurlah rapat.

btw sekolah ni disiplin dia bab agama ketat ah
kalau pkai kain, wajib pakai kain dalam, tak pon seluar
stokin wajib, singlet wajib
kalau tak pakai semuani demarit
pastukan pergi surau kan wajib kalau yg xleh semayang berkumpul dkat kelas f1
baca mathurat. kau tahu weh serius laju giler dia baca!
macam budak tahfiz tu. yela mmg la sunat tapi semua benda nak laju xleh gak
quran semua baca laju. aku tercungap cungap je

ketua murid perempuan dia jiran apartment aku oh!
jadi semua kenal aku kat situ sbb aku jiran dia hahahah!
tapi aku tak suka doh dgr ayah aku cakap pasal dia
sikit2 dia sikit2 dia
ei panas telinga aku

oh hari pertama tu aku takde roomate :(((
sedih gila malamni cane la aku nak tidur
tapi nasib baik weh org sana baik2 bila aku cakap xde roomate semua ajak tidur bilik dia
btw sini tidur dalam bilik 2 org je. 1 aras ada 13 bilik empat tingkat. aspuri 2 block, aspura 1 je
jadi malam tu aku tidur bilik classmate aku. alhamdulillah semua berjalan lancar aku senang je nak tidur semua

oh ya ptg tu aku call kau haha. entah la tapi aku buat alasan saja tekan2 tak sangka nombor kau  haha-_- malu oh bila kau tanya kenapa

pagi bangun dlm 520 ni aku ja yg lain 530+ cam tu, 610 kosongkan asrama. mula2 tu tegangkan cadar katil kalau tak kena panggil time rollcall alhamdulillah setakat ni takpernah lagi. thanks kak! second intake lain semua kena panggil haha. solat subuh pastu sarapan. tapi aku takpernah makan pagi lagi. ya biskut lexus masih dihati.700 rollcall baca quran,terjemahan, maklumat pastu 730 masuk kelas. 10 rehat 1030 masuk kelas sampai pkul 3. ya pukul 3. pastu subjek dia weh berderet. paling comman 3 masa. paling dahsyat 5 masa untuk subjek yg sama. mati weh aku lagi2 time tu karangan. gila. menggelupur nak fikir semua.pastu gi makan tghri, solat zuhur 430 prep petang buatla kerja sekolah ulangkaji semua.gi solat asar baca mathurat. 530 balik asrama tukar baju untuk riadah sampai 6. pastu mandi, makan 630+. solat magrib, tazkirah, alkahfi malam jumaat, solat isyak. sambung prep sampai 1030 pastu masuk asrama. basically aku tidur 1120 lepas tukar baju semua.

sini banyak la yg muka sama mcm faezza, pgws f3 yg putih tu, kwn sekolah lama(wan.z) RF, kwn dia.
btw ade sorngni perangai cam alyana. arissa nama dia.
ade budak perempuan ni mata macam kau. haha tiap kali tgk dia aku ingat kau. haha padahal dia prmpuan
lelaki dia hensem2 oh nak luluh jantung aku. astaga
lagi time dorg salam ayah aku eh calon menantu ke apa hahaah
pastu ade classmate aku rupa macam kau, hensem la
tapi astagfirullah aku dtg nak bljr bukan nak usha, save muka org dlm otak.
pastu kau tahu time malam orentasi tu cg tu tanya la pkai mic, sekolah mana aku jwb lah en pastu kau tahu dia reply gapo dia?
'sekolah tu mesti kuat couple kan' haha-_-

sbb sekolah ni belakang bukit pagi tu selalu sejuk+ byk kabus
aktiviti kayak wajib jadi nanti ada bulan 4 kot kayak lalu bwh jambatan kuala ibai bhaii
jauh!
roomate aku masuk time hari kedua gembira aku pastu semlm dia lari tidur bilik kwn haha
kitrg x sangat tapi still je tegur2
nasib haritu da baca manzi renjis air setiap penjuru dlm bilik halau 'benda tu'
aku gi tuang semua haha takut kot. aku suruh akak tu buat sekali takut aku buat tak jadi haha
nasib gak malam tadi okja aku tidur sorg.

sbb sikit sngt student nanti f5 semua jadi pgws haha dan semua akan dpt lebih 3 sijil utk jwtn yela sbb sapa lagi yg nak pgg kalau bukan org yg sikit ni?

aku time masuk tu tak sedih pon tak homesick pon. btw homesick gapo dia?
nangis ingat mak, rumah semua
haha alhamdullilah aku tak. sbb rasa macm biasa je sbb kat sana pon jrg je jumpa mak ayah. bukan tak jumpa balik rumah sorg2 malam buat homework dlm bilik kan. jumpa camtu2 jelah
tapi bila mak nak balik tu dia je yg hntar gi asrama sorg bila tgk mata dia ckp2 dgn aku tu mak mcm nak nangis aku pon apa lagi sebak la. tapi tak menitis la. :)

erm aku mmg balik nak tulis ni tapi skrg bukan mood dia tunggu mood dia krg aku balik pkul5 pon tak tulis lagi. so aku tulis based on catatan aku k.
aku rindu korang tau. setiap kali pkai brg tu ingat je.
hm ni je mampu tulis xde mood nak tulis. ok bye
mesti kwn aku ingat aku tulis cuti ni je mesti tak baca lagi.
oh duit syiling aku selalu tak ckup nak call org. cakap pon putus2.
kwn aku pon bosan ' mu ni syiling sokmo ah benci aku' haha
LOL. dia tak terima syiling baru au.

Ahad, 5 Mac 2017

Its Alright !

So inilah hari terakhir aku sebelum masuk asrama :(
Haih aku rasa sedih ja

"Farizah, kau patut buang sifat sadistic kau tu"

Sadistic weh dia cakap hahahaha
Nak nangis aku.
Sejak akhir2 ni aku asyik dengar sedih2 je
Lagu, orang cakap dgn aku semua buat aku rasa sedih
Haritu time dalam kereta lagu sedih je memanjang aku mampu nangis je

Btw betullah. Aku ada deep talk dgn T melalui call(benda la aku cakap ni)
Hm dia suruh aku cerita asal tak bagitahu dia
Hahahaha(sedih)
The thing is aku takut org nak react, respone macamana
Haritu mula2 aku just bagitahu 4,5 orang kawan aku
Pastu salah org dia 'oh yeke' without suprised reaction(u know what i mean)
Dia buat aku rasa sedih so aku pon macam takpelah aku xnaklah bagitau org sangat
Haih. Ok mungkinlah time tu dia ada masalah dia sendiri
Waktu last jumpa tu pon dia dtg peluk aku ckp jgn lupakan dia semua
Kawan aku yang lain pon kawan aku yg sebarkan

Ramai jugaklah yang mesej aku cakap betul ke sampai hati tak bagitahu
Haih. Serius sorry :(
Aku taknak bagitahu sebab aku takut korang 'oh yeke' aku ,hahaha*nangis
Tapi aku silap bila each of you mata merah2 semua
Sampai sekarang semua cakap 'jangan lupakan aku'
Dan ya, aku cuma akan ingat orang yang ingat dekat aku je
Tapi bila orang semua cakap macamtu, aku tak tahu nak lupakan sapa

Sebenarnya ada sorang ni., entahlah
Start tahunni, ok bukanlah. Sejak aku jadi pgws, dia macam tak suka aku
Aku kecik hati jugak la kat dia. Aku still ingat lagi semua yang dia ckp.
Mungkin dia tak cakap pasal aku tapi sapa lagi pgws yg baru jadi?
Paling aku terasa hati ialah waktu aku tgk reaction dia waktu cg bagitahu aku nak pindah
Serius pedih.

Aku fikir time last dia akan dtg minta maaf kat aku dan mengaku silap dia
Tapi aku yang silap. Dia tak minta maaf pon
Ok mungkinlah dia tak rasa dia salah. Aku yang overthinking, terlebih perasan
Then hari yg diorg buat makan2 dia ada cakap benda yg buat aku terasa
Tapi time tu serius aku tak amik port sangat pasal kawan dia pon ada dgn aku
Jadi dia mungkin saja2 main2 cakap dgn kawan dia

Haih pahal la aku mental koyak sangat.

Aku sebenarnya nervous sangat nak masuk sekolah baru ni :(
Aku macam boleh agak, mungkin lagi 2,3 bulan aku pindah sana balik
Aku takutlah. Everytime aku cakap macamni dgn mak aku mesti dia marah2 suruh aku fikir benda yang baik2 je
Tapi aku takbolehla :(

Waktu mula2 dapat tahu tukan aku sibuk pergi pejabat, beli kelengkapan semua, banyak betul dugaan dia
Aku macam 'serius ah aku nak pindah ni' 'betul ke aku buat ni' 'betul ke tuhan restu ni kenapa aku rasa macam byk masalah semua
Astagfirullah. Ha iman rendah time tu. Erm
Aku takut ler kot 2 minggu ni dia buat ujian. Aku dahla takda buku nak study semua. Yg lain pon tak catchup lagi :(
Aku tanya mama kalau aku masuk kelas belakang takpekan
" tak kesah kelas ape pon ,asalkan belajar, ujian tu buat jela sebaik mungkin nanti belajar lagi."

Mungkin kalau aku pindah sana balik, aku tak masuk sekolah yg sama kot.
(Better doakan aku tak pindah)
"Kau mesti hppy. Mula2 je nervous lps dua bulan kitorg kat sini blom tentu kau ingat lagi."-Z
Erm, aku sedihlah. T cakap biasenya budak asrama ni bila dah masuk kawan2 lama semua dia lupa
Hm tapi aku rasa aku tak centu kot. Yela aku ingat je semua even org xingat aku
Kekadang rasa lawak jugak .yela cakap kat call, chat macam rapat betul
Tapi bila jumpa aku lari pulak. SMH

Oklah .Zulaikha, tempat aku dah ada pengganti. Terima kasihlah bagi aku hadiah semua insyaAllah nanti aku pakai hari2 aku ingat kau T_T. Zafirah, aku dah bincang dah pasal baju tu dgn mak aku. Tak tahula cane nak buat. Aku hargai kau bagi tu nanti raya tengokla eh insyaAllah. Erm doa la aku tak pergi tandas, masuk asrama nangis sorng2. Huhu. InsyaAllah semua ok (tabahlah) aku mungkin dah takde masa nak borak, chat kau call semua. aku harap kau maafkan aku. Untuk kau, terima kasih la untuk 4 tahun lebih kau untuk aku tu(walaupun aku takcaya). Aku taktahu nak react macamana. Terima kasihlah sebab sudi bersama aku.

Aku mungkin takkan update blog kat asrama. InsyaAllah dua minggu je pun nanti aku update lagi. Disebabkan tak boleh update blog, aku kenala rajin2kan tangan aku tulis diary. Terima kasih, nasiblah ayah aku bagi buku nota dia. Bolehla aku tulis memandangkan aku terlupa nak bwk nbuku nota aku.(habis semua gmbr kelas aku xleh tgk)

Ok doakan supaya urusan aku dipermudahkan.
Korang yang exam, buatlah baik2.
Semoga urusan kita tuhan permudahkan. InsyaAllah.
Oh ya, doakan aku istiqomah :')

"Dont leave, dont go, come back" me who couldnt say those words.

Khamis, 2 Mac 2017

Last dayy

                                   " i knew this would happen but i didnt think it would actually happen "


so heres come the ending. :)

i didnt know this could be really sad
setiap kali aku jumpa cikgu, minta maaf, aku takboleh tahan sebak
aku rasa aku banyak sangat dosa. ya, aku kat belakang tu tak tumpukan perhatian pon

hm on the second after i know about this tawaran,
aku macam serius ah aku nak pergi ni
sijil berhenti semua dah mintak, rekod semua dah dapat :(
macamana kalau aku batalkan?
haha malu bhai :')

and of course la aku nak pergi
aku rasa tak tenang kat sini, asyik nak fikir pasal ni je
and also tak nak lah persoalan kenapa aku tak pindah semua
rezeki dah dapat kita terima je.
theres one time on the way nak pergi hospital buat xray
aku berbual dengan mama,  dia tanya kawan aku dah tahu ke aku nak pindah
aku cakap la dah 'mereka' sedih
pastu aku cakap la aku tak pasti betul ke nak pindah ni, rasa macam beban
tapi mak aku marah(bukan marah la) dia cakap dalam hidup ni kita perlu berhijrah, kalau kita duduk asyik duduk dekat tempat yang sama tak bolehla, macam mana nak berjaya. kalau rasa tak boleh nak buat kawan, cubalah

aku bila dengar tu sedikit sebak la.
dalam hospital tu, kadang2 tiba2 ja aku sebak
aku rasa sedih sebab aku takkan jumpa orang sama dah
balik sini pon macam tak je sebab apa2 pon cuti panjang mak aku yang balik sana
yela kampungkan..

btw post ni aku asalnya tulis lain tapi tak jadi lah, taknak emo2.



harini sebelum balik, aku ada buat speech ni pon cikgu cakap atas permintaan kawan2 aku
terharulah
tapi aku memang da agak, sebab sebelum ni semua yang nak pindah memang buat speech untuk hari terakhir.
aku tak delah sebak mana it just aku tak tahu nak sambung ayat apa lepas aku cakap tu.
cikgu pon ade la puji aku jugak. aku tak pastila nak bangga ke tak
tapi dah memang aku rasa diorg lagi hebat dan aku biasa2 je. rezeki aku, nak buat cane

=)

lepas aku salam cikgu, aku nampak kawan2 aku menangis.
aku pon peluk lah dorang dan memang sebak la.
siapa tahu, bila kita akan jumpa lagi?

dan untuk hari ni aku dapat jugakla hadiah kenang kenangan.



wah kaya bai kawan aku ni. bagi tudung naelofa. hahaks >_< ececeh tak do la ni dia bagi baju apa tah nama dia (kurta eh?) dia suruh aku buat baju, jahit. dari india ~ kaya ui


Ni ha kain dalam tu. baju ni cantik tau. tapi taknak lah tunjuk biar aku jelah tahu k






 ni lawak haha. haritu aku cakap pasal ni, aku rasa nak beli.pastu tanya dia nak jual tak sebab dia tak pakai(lagi) . lagipun pencuci muka aku nak habis dah. pastu tak sangka dia nak bagi free. ya FREE. aku pon ade gak fikir nak beli trial set dia tapi takut x sesuai. btw aku nak beg yg dia letak benda ni je haha.


ni advance ar. pasal satu keychain boleh letak kat beg, pastu kepik kuku tu aku boleh terus bawak, pakai kat asrama. tak yah fikir dah nak beli ni, cari kat mana. alhamdulillah rezeki. terima kasih au!


k ni paling comel! uit kalau farizah pakai macam bukan farizah dah. farizah mana minat nak comel2 ni. comel oi sayang lak nak pakai..

aku sebenarnya malu nak terima
yela la aku bagi korang ape je..
keychain penyu terengganu tu je oi~~
murah. korang punya tu mahal 
agak2 kalau kita gaduh aku kena pulangkan balik tak? HAHA!

jangan main2 kawan aku dulu dia gaduh dengan kawan dia
kawan dia mintak pensel yang dia bagi hadiah tu
huhu

astaga.


Farizah,
would you still remember people who cry for you in the future?
Aku nak kau tahu, harini first time kau tengok zafirah beria nangis untuk kau,
(ok tipu aku pernah buat dia menangis time tingkatan 2 :( )
amirah, izzah pon sama.
alyana still ceria macam selalu.
zulaikha, dia dah nangis awal2 lagi untuk kau.
farizah, ingat tau.

aku sekarang tengah sibuk nak beli barang semua,
tangkap gambar pon belum :(
pokonya, banyak lagi benda yang tak dibuat dan tak sempat buat
kami stress.
maaf jugak kawan2 aku yang tak sempat jumpa pasal ni

InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. =)
take care.

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...