Dear blog,
Hari ni aku tertekan.
As always we KAA start kelas pukul 11.20.
First subjek, BM.
Kami buat ulasan.
Cikgu suruh hantar hari tu jugak.
Ok, aku okey.
Second time math.
Sambung tajuk baru then lepas cikgu terangkan,
kami buat latihan.
Cikgu bagi masa lebih kurang 5 minit untuk 5 soalan.
Aku tak kisah
Pastu siapa yang tak siap cikgu suruh berdiri kat belakang
Aku siap 3/5 so terpaksa gi belakang kelas.
5/20 yang duduk pasal dorang gi coral time cikgu terangkan.
Yang dok belakang tu bukan semua tak siap,
majoriti buat 2/5 dan tak faham.
Siapa nak duduk kena jawab soalan kat whiteboard.
2 orang yang jawab yang lain cikgu bagi jawapan.
Luckynya pasal masa math dah habis 1 minit lepas tu.
Masa KKQ,
otak memang tak leh fokus dah fikir pasal kerja geo dan pembentangan psk.
PI ok je.
Time rehat semua sibuk buat geo.
Time sains kami kena marah pasal masuk kelas lambat
Bukan salah kami, cikgu yang tak tanya kenapa.
Pastu belajar macam biasa.
Cikgu pun siap gelak2 dengan kitorang
Scary
Time PJ kami ingat cikgu tak da
Rupanya ada
Tak buat ape ape pon time tu
Sebab kat padang panaih gila kot
Ada orang kawad lagi
Jadi ada sorang ni mintak kebenaran cikgu nak buat geo
Cikgu macam marah tapi bagi kitorang buat
Pasal pj tak buat pape pon
Sampai time geo, kerja aku dah siap
Lega
Tapi terpaksa dengar cikgu membebel
Pasal ada certain budak kelas ni tak siapkan
Cikgu apa lagi 30 minit dihabiskan dengan ceramah
-_- haish
Lagi 30 minit belajar tajuk baru.
Tiba tiba cikgu BM mencelah mintak buku ulasan.
Cikgu Geo pun mula lah ceritakan keburukkan kami
Sakit pulak hati aku kat cikgu bm
Kenapalah dia mencelah time tuh
Dah seminggu cikgu geo bagi kerja tu
Mungkin salah kami jugak
Tapi bukannya dia terang peta nak warna macam mana
Geo bukannya boleh warna suka hatikan
Confuse
Psk.
Cikgu tak da
Punyalah lega sikit
Pasal pembentangan kumpulan belum siap lagi
As murid, kami selalu bersalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan