Isnin, 31 Disember 2018

From Me2U

I dedicated this to people who cherish me the most during my two years in SESTER 😊😍



 i can be very honest with u, we somehow share the same thoughts, about japanese, people around us. aku amazed gila macamana kau boleh jadi pemurah sangat dan aku rasa kau orang yg paling pemurah yg pernah aku jumpa. bila dengan kau, aku noticed betapa aku tak banyak memberi. tp cara kita hargai org tu lain2 kan? terima kasih sebab selalu terhibur dgn apa yg aku cerita, u really made my day. tak berniat nak ignored kau, saja test kau sjk dh ada bestfriend baru.. terima kasih sbb selalu sweet dgn aku walaupun dgn org lain kau moody. jgn baik sgt dan moody selalu. takut someone take u for granted. yatto owatta nee? :)



even so, aku masih tertanya tanya, mana satu aku ?



aku selalu fikir org yg mcm kau nilah yg akan stress kan hidup aku. too ambitious. muka confident semacam. and of course aku plg xsuka org yg expectation tinggi, sbb yg akan tgk kau sedih tu aku. aku plg suka dgr kau cerita pasal family dan sahabat kau dan envy jugak. tp people come n go jd kau kena accept jugak xsemua org akan sentiasa ada dgn kau. sorry but there were time yg aku sengaja avoid kau. dari kau, aku bljr cara nk hargai org. thank you so much. kalau kau nk sgt jd mcm nealofa dan bljr kat korea sure aku doakan. for always be there and cari aku, thank you myy frriiend.



waktu tu aku awkward gila outing dgn kau. tp kau ckp kau takkan lupa haritu. dan balik tu kau bg aku present. aku tak boleh lupa kenangan kau bwk aku pergi kelantan, buka puasa bersama. aku selalu wonder kenapa aku sorg je yg kau ajak. second time kau ajak, aku terkejut kenapa kau excited sgt nk aku ikut. but sorry i couldnt make it. semua moments larian aku mesti ada kau, thanks selalu teman aku. semua benda yg aku suka, kau try nak suka jugak. aku tahu lagu tu kau tak suka tp kau nyanyi jugak sbb kau tahu aku suka lagu tu. :). sorry tak ngaku tp bukan aku yg bagi choc set b time high tea, aku bagi set d. thanks bagi aku set a. sorry sbb tak boleh anggap kau bestfriend aku, sbb to me ur more like my younger sister try be matured. cant help but to embrace.




with love (of course), sorry sbb i dont wear much expression to show my love 😉

THANK YOU GUYS FOR READING,
may Allah bless us always. <3<3

Khamis, 13 Disember 2018

TMI

I usually write something to post based on apa yg aku memang betul2 nak tulis. Selalunya sebelum tidur or time mandi aku akan selalu ada deep thought about myself and what i have been through termasuklah apa yg jadi pada haritu, apa kawan aku cakap, apa yang aku tak puas hati, dan apa yang patut aku buat.

So all in all tahun 2018 ni, adalah tahun banyak sangat deep thought, banyak sgt yg buat aku bengang, rasa nak maki org tapi aku malas nak tulis sbb tulisan aku burokkk. Tu tak termasuk lagi details masa atuk aku meninggal. I didnt write about that yet, but i guess never. I couldnt express well what i should done. Dan tulah first time ever someone nearest meninggal, first time tgk jenazah, cium, pergi kubur and tahlil .

But i have to thank my friends yg ada yang pernah dengar my thoughts. Ni jugak rare la aku nak share dengan org tapi, aku rasa perlu untuk hilangkan semua beban yang aku rasa. And really helps me a lot. Sampai kalau aku mengadu kat mentor aku who is counselor, she would say, "ye,ye cikgu tahu dah farizah macam mana"

Bukanlah sebab dia nak puji aku, tapi nak cakap yang aku ni selfish. Aku ni jenis nak semua orang jadi macam aku, tu la yang aku faham daripada apa yg dia bagitahu. Hm ye eh aku macam tu? Tapi aku rasa aku memang macam tu pun.(nantilah aku cerita)

Untuk content2 yang akan dtg, aku bercadang untuk tulis sesuatu yang lebih bermanfaat, bukan sekadar diary. Oh aku gila adore matluthfi and hanis zalikha, walaupun santai je tapi penulisan blog diorg lawak la. Mungkin lepas ni aku nak try buat review memandangkan aku memang suka kumpul product en. Or mungkin nak tulis pasal keputusan yang aku akan ambil selepas ni. Yela soon aku akan dapat result SPM and i have to decide which path should i take afterwards. So aku nak share la

Hm macam rajin. Skrg aku tgh tulis pakai tab i mean pkai web,dulu aku guna app senang sikit nak update. Susahlaaa

Sekarang aku tengah penuhi masa cuti aku dgn update pengetahuan aku pasal market skrg. I mean job and review on it.

K bye (check it out)

Ahad, 4 November 2018

climax 1311

i dont really have distortions during pt3 days sbb aku ada fon hari hari and i easily got bored.

tapi sekarang aku cuma dgn fon sebulan sekali, banyak benda aku terlepas so i used the time to catch up things.

hasilnya, setiap kali balik aku spent most of the time dgn fon means tak belajar sgt.

namun begitu, i am lucky enough.

kalau nak dinyatakan kebanggaan aku, rasanya aku dah boleh dikategorikan sebagai syirik khafi. walaupun result biasa2 berada disekolah sains pencapaian sederhana memang rezeki aku. tapi nanti2 lah aku concludekan rezki tu. as for SPM, aku takdelah meletakkan harapan setinggi gunung. aku tahu kemampuan aku. i mean aku tahu aku boleh buat, tapi usaha dan pencapaian aku tak boleh dibanggakan sangat so-so je orang lain kata.

i know, aku tak pandai sangat mengarang as aku tak reti sangat nak express feeling. tapi aku bersyukur dengan cerita aku, orang boleh gelak dan menangis. tapi paper 2 bm aku sangat membantulah untuk dapat A. hm bi tu nantilah cerita. banyak cukup2 makan buat aku risaulah. tapi takboleh deny mmg aku ada harapan.

tapi harapan tu akan tinggal harapan kalau kita tak nyalakan dgn api azam dan usaha kita.

macamana kawan aku pulak bersungguh nak aku straight A sedangkan aku, hm

tapi walau apapun keputusan nanti, walaupun kita pandai macamana sekali pun, dapat peruncingan, or soalan spot betul tu semua rezeki dari Tuhan. kalau dia izinkan kita berjaya kita akan berjaya. pandai macamana pun kita, kalau Dia tak izinkan, kita tak dapat jugak. It is not like im telling u to stop working hard, but lets tawakal dan redha after trying so hard.

May Allah bless us always, best of luck for spm guys.

Jumaat, 13 April 2018

Fuh grading!

hari ni aku pergi grading!
alone kau.
alone

tak pernah, pernahnya aku pergi tempat crowded tanpa teman. uish memang seremmm. tapi Alhamdulillah berbaloiii

actually aku grad ni ngan lagi 2 kawan aku dgn sorang budak junior. tapi last minute lak cikgu terpaksa cancelkan diorang sebabnya, kelas kawan aku tu ada camp dekat SEMSAS so cikgu encourage diorang untuk pergi.yela penting kan belajar.grading tu postpone lepasraya. aku yang dengar tu of course la cuak.mane taknya beria ria bgitau makayah aku semua tolong doakan, berlatih  tengok2 takpergi. malu kut. dah lama lak nak grad balik.lepas raya ha nak trial tu.

aku dengan susahnya nak hafal taeguek(step) dia. dah bape bulan tah last grad pastu berkali kali dah berlatih taeguek sama pastu tak ingat2.memang aku bosan & puas sangatlah nak tunggu sampailepas raya buat benda yang sama. so aku pun ambil keputusan untuk pergi jugak even sorang dgn alasan aku nak bawak teman. tapi sayangnya semua tak nak ikut aku sebab hari yang akugi grading tu ada kelas chemist.hmm sedih wei. dah macam pengemis lak aku ajak2 orang ni. first aku ajak kawan aku tu dia nak. aku dah siapmention namadia lah nakconfirm dgn cikgu. last sekali dia tak jadi pergi sebab esok ada kelas. ok akubolehterima lagi sebab aku memang dah agakdah benda niakan jadi so aku redha jela.

second time, aku ajak kawan aku ex taekwondo member. dari jauh aku tunggu dia balik dari koop,aku belum cakap apa nak bodek dia lagi dia dah "tak nak".
fuh sakitnya tu tuhan je tahu. macam ni ke rasa kena reject guys?
lepas tu aku memang tak boleh tahan sebak aku, aku masuk kelas, menangis.
siyes ah i thought this is the bad decision i have made after all. aku dah start rasa menyesal sebab nak teruskan benda ni semua tanpa kawan2 aku. mungkin ni balasan aku sebab takde semangat setia kawan nak grad sekali dengan diorang. aku malu nak batalkan sebab aku dah confirm dengan cg semua. so aku on je anggap jela tuhan dah aturkan untuk aku.

so malam tu memang tak boleh tido sebab dok fikir aku  memang tak boleh buat.yela sebab selamani aku memang selalu salah. aku takkan ingat kalau kawan aku tu takde untuk bantu aku buat taeguek.

so sampailah hari kejadian memang berdebar habislah. cikgu pulak boleh tanya aku "pergi sorang je ke, takde teman?" sedih akuuu. aku pun balas, " takpelah teacher diorang nak belajar, saya pergi sorang ajelah" pastu dibalas "alahai kesiannya.." huhu makin sedih aku dibuatnya tapi takpe aku cuba untuk sadokan jugak muka aku yang matang ni.

sampai disana alhamdulillah rahmat tuhan, dia nak aku jalinkan ukhwah dgn hamba2nya yang lain. ade jugak lah aku kawan  sembang yang comel2 budak darjah 4 huhu. dia lah yang layan aku sembang, tanya aku soalan, ajak aku keluar jalan2. yang aku malunya dengan dia ni sebab dia taeguek 2. akak baru taeguek 1 dik.. memang di kelilingi budak sekolah rendahlah aku. akhirnya ada budak ni tegur aku" dik kuning berapa" aku pun jawab 1 dia cakap dia pon sama. tapi yang aku tak puas hati sebab dia bahasakan diri dia akak or dia panggil aku dik. sebabnya aku tengok dia ni tak macam f5 pon even budakf3 yg aku tegur taditu pun aku tahu aku lagi tua dari dia. kalau diabahasakanaku yangf5 ni adik, umur dia berapa sebenarnya? f6?

so aku pun gatal mulut tanya la dia form berapa. dia gelak pastu bisik kat aku "jangan bagitau org tau saya f4" aku pun berhuhu dalam hati dia pon tanya benda yang sama kat aku. aku pun cakap la aku f5. dia macam ambil masa yang lama untuk tafsirkan apa yang aku cakapkan tu. dia cakap muka aku muda macam f3 ke f2. ekeke ( ceh aku tak caya)

even ade budak ke abang cina ni terlanggar aku time aku tengah duduk pstu dia cakap" eh sory ingat budak " ahahaha -_-

tiba lah saat yang mendebarkan. aku duduk kat kumpulan pertama kuning 1. huhu siyes takut. kalau kump 2 ok la lagi boleh tengok diorang buat dulu baru aku tak tersalah buat! dah kump 1 aku hentam jela. aku doa " ya allah aku tak boleh buat tapi sekurang kurangnya bagilah aku lulus"

dan memang sadis. aku jenis tak boleh tengok pastu buat aku kena try dulu baru aku mahir. dan ya time instructor dia buat memang aku buat salah tak, tersalah buat.tapi lepas tu aku berjaya ikut.alhamdulillah taeguek pon aku ingat ,buat betul semua .aku tahu time aku buat salah tu master tu tengok pastu dia tulis sesuatu kat kertas, i guess dia tolak markah. aku memang cuak gile ah takut dengan kesilapan yang aku buat ni aku tak boleh lulus grading. tiba lepas habis taeguek tu tak habis lagi tetiba master tanya siapa Nur Farizah dan ****. aku pun angkat tangan. dia pandang pastu dia suruh aku buat balik side kick. aku cuak gilaa takkkan lah aku takpass pulak kottt. 2 kali aku buat dia tak puas hati lagi.sir tu cakap aku bertuah sebab aku dapat double promotion aku pun nak tersenyum sebab aku mengakuinya tapi dia cakap jangan gembira sangat sebab aku kena buat betul2 dulu. master kata aku front kick, turning kick bagus (sebab cara aku letak kaki tu) cuma side kick patutnya aku tendang pakai tumit. tapi dia cakap dia bagi aku double promotion dengan syarat aku berlatih bersungguh sungguh. fuh aku pun apalagi memang bersyukur ah.

akhirnya jimat duit ayah aku sebab aku tak payah grading untuk kuning 2...

tetiba teringat janjiaku denganbudak f4 tu. diacakap kalaudia dapat double promotion dia dah hijau .  aku ke dia cakap nanti tak dapat jumpa lagi lah. pastu dia cakap alah nanti jumpa lagilah punya. dan sekarang aku yang hijau aku yang takkan jumpa dia lagi. tapi akutakde la syok sangat sbb takut master berubah hati tarik balik double promotion tu ke.. huhu

tapi aku takde la syok sangat sbb takut master berubah hati tarik balik double promotion tu ke.. huhu

Khamis, 22 Mac 2018

Lafazkan Kalimah Cintamu

disebabkan haritu hari amik result spm, so form 4,5 pergi tengok dekat dewan. nak bagi motivasi sikit.

aku ni kan jenis *apetah* , alang2 cikgu a.k.a mentor aku ade kat situ, aku pun tanyalah dia
" cikgu ade tak yang sekolah tak target tapi dia dapat straight A?"
she replied "hm patutnya semua dapat. tapi tulah semua ada buat perangai, masalah dengan cikgu cikgu. sombong, tak datang jumpa cikgu. kalau ikutkan semua boleh dapat"
aku tanya balik " ade tak yang sekolah tak target tapi dapat, cikgu?"
" ade. tu hah, tu kak A. tak target pon dia"
"cikgu ade tak nasihat untuk saya hehe"
she said " yela kena rajin jumpa cikgu, tanya apa tak faham, jangan riak, sombong, jaga hubungan dengan cikgu apa semua."

aku pun ok kan aje.

balik dari dewan tu, aku pun cakap ngan kawan yang teman aku tuh.

benda tah aku sembang
pasal kak A tu kot, aku cakap aku pun nak jadi macam dia
pastu dia balas " kan cikgu royak doh semua orang boleh ja, jangan riak, jangan sombong, jangan nak jatuhkan orang je"

ayat yang aku bold tu yang aku paling sakit. dia macam nak tujukan ayat tu memang untuk aku. aku tak faham apa masalah dia nak cakap macamtu kat aku sejak kitorang gaduh2manja dulu. sebab aku ni tak bermotivasi, jadi aku tak motivasikan orang ke dia nak cakap aku nak jatuhkan orang? haish panas aku.

at the first place, kalau rasa aku ni nak jatuhkan kau sangat takyah la dekat dengan aku. ni semua cari aku. aku pulak panas dengan kau.

Jumaat, 23 Februari 2018

Dah nak spm baru menyesal !

Sekarang dah bulan 2, nak masuk bulan 3.

Sepanjang bulan 1 hingga bulan 2 banyak kali dah aku makan kek ... hihi xD
tapi tu bukan main point aku tulis ni
tapi gilalah aku memang hantu kek
even though aku tak bayar aku makan gak haha
thanks to those yg belikan ! even my birthday pon diorang sambut !

dah banyak kali sepanjang setahun yang lepas sampai periksa tov yang baru ni aku masih tak tahu nak baiki kelemahan aku. kelemahan dalam setiap subjek & exam of course. tapi bila periksa tov baru ni baru aku SEDARR. gila lambat. its okaylah ada lagi yang lagi lambat kot !

so aku akan senaraikan benda apa. dan semoga benda ni boleh jadi guide line untuk adik adik yang nak ambil spm ataupun tempuh periksaan apa apa. ok?

first. NOTA.
aku ni insan yang paling malas gila nak buat nota. cikgu suruh lah macamana pun memang takkan buat. kalau aku buat pun, hambar. aku ni visual learner tapi lain daripada kawan kawan aku yang visual learner gak. diorang suka buat nota. kalau buat nota tu, fuhh memang lawa. kagum gila aku. kenapalah aku sorang ja yang lain. aku ni jenis suka tengok buku rujukan berwarna dan ringkas pendek kata just ikut format soalan. memang buku tu je lah nota aku.tapi yang aku perasannya dulu, aku selalu ada buku nota kecik untuk catat nota cg yg takde dalam buku. untuk semua subjek. so tu jelah aku boleh ingat. so tips aku buat nota semua subjek just dalam satu buku nota je. even hodoh.

second, paper exam.
kali ni baru aku terdetik yang paper 2 aku teruk gaklah paper 2 terutamanya fizik. tapi kimia pun sekarang teruk gak huhu 😢. tak pernah lagi au paper 2 kimia aku dapat 59 selalunya 70 ke atas. erm teruknya. tapi memang soalan haritu susah pon. jadi aku terfikir untuk beli buku latihan semata-mata untuk tengok jawapan kertas dua. oh ya, paper 1 pon kena polish sikit. selalunya daripada 50, aku biasa dapat 35+ . which is bagi aku teruk ah nak support untuk dapat A. kalau 40 soalan ok lagi la just salah 5. paper 3ok je. yang tak boleh fizik. sebab dia lain dari format bio ngan chemist.

third, jgn baca novel . ceh. nak cakapnya please know your study style. either korang ni visual, kinestatik or auditori. benda ni penting au. kalau korang kinestatik korang tak boleh baca ja buku, memang tak masuk. so orang2 ni kena bergerak time memabca contohnya lari ke.. macamana nak tahu? pergilah jumpa kaunselor kat sekolah! tak pun please search kat internet mmg ada test dia.

fourth, kena rajin ko malas jangan harap aa nak berjaya.😏😏😏

ok tu je aku nak tulis. hope sedikit sebanyak dapat gak ah input.

xoxo, farizah😘💖 & nurin😑.

Kenko Kakigori review

Kenko Kakigori   bagi aku ni antara yang worth it untuk ditry di mykori💯💯 sebab nak dibandingkan yang lain, dia ba...